Saturday 24 December 2011

Ya Allah ! Enlighten My Path!


يارب أسعد قلبي
Tuhanku, gembirakanlah hatiku

يا رب نور دربي
Tuhanku, suluhlah jalanku

يا مليكي
wahai pemilikku

يا رجائي
wahai harapanku

يا دليلي وضيائي
wahai petunjukku dan cahayaku

نور دربي
Suluhi jalanku..
"Suluhi Jalanku"

ليس لي حول فإني بك حولي وعليك
Aku tiada kekuatan langsung, sesungguhnya kekuatanku denganMu dan bergantung padaMu

في شهيقي وزفيري انا محتاج إليك
dalam sedutan dan hembusan nafasku, aku memerlukanMu
يا رب نور دربي
wahai tuhanku, suluhi jalanku

ربي لا أرجو ملاذا آمنا إلا حماك
Tuhanku, aku tak mengharapkan tempat berlindung melainkan perlindunganMu

ربي لا يسعد روحي أبدا إلا رضاك
Tuhanku, jiwaku takkan gembira melainkan dengan keredhaanMu

يارب نور دربي
wahai Tuhanku, suluhi jalanku!

أنت ألهمت فؤادي حب خير المرسلين
Kau telah mengilhamkan aku dengan cinta sebaik2 utusan (Muhammad s.a.w.)

وبه أكرمت قومي وجميع العالمين
dengannya (Rasulullah s.a.w.) Kau telah memuliakan kaumku dan seluruh alam

يارب نور دربي
wahai Tuhanku, suluhilah jalanku..

زكي يا الله نفسي بتعاليم الرسول
wahai Allah! sucikanlah diriku dengan ajaran Rasul s.a.w

من سما خـُلقا كريما وتسامي بالعقول
rasul yang dinamakan dengan 'akhlak2 mulia' dan diagungkan oleh akal2

يا رب نور دربي

Thursday 21 July 2011

INDAHNYA PENDERITAAN..


ANDA SEDIH, KECEWA, MENDERITA??

"Sesungguhnya jika Allah mencintai seorg Hamba, maka Dia tenggelamkan Hamba itu dlm CUBAAN. Barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayangNya.."

"Dan apabila Hamba2Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat Aku memperkenankan permintaan orang yg meminta apabila ia meminta kepadaKu..Oleh sebab itu, perkenanlah seruanKu dan berimanlah kepadaKu, supaya mereka menempuh jalan yg lurus.." AL-BAQARAH:186

DUA PATAH PERKATAAN YG BOLEH MENGUBAH HIDUP ANDA DGN KEHENDAK ALLAH S.W.T.......APAKAH DIA??

IAITU......"SPECIAL REQUEST"

"SPECIAL REQUEST" DITUJUKAN KEPADA ORANG YG BERNASIB MALANG, ATAU ORG YG KEMALANGAN, ATAU ORG YG MENDERITA, DAN YG SEMAKNA DENGANNYA...

MANAKALA PERUBAHAN KPD DUNIA BERMAKSUD PERUBAHAN DLM MINDA AKAN BAGAIMANA ANDA MEMANDANG NASEB MALANG DGN CARA MEMURNIKANNYA..LALU TIMBUL SOALAN..REQUEST DRPD SIAPA??

"DARI ALLAH..." SEBAB?
"DAN JANGANLAH KAMU MENGAKU BERIMAN SEBELUM KAMU DIUJI.."AL-ANKABUT:2

APA YG ALLAH REQUEST? "SABAR, REDHA DAN SANGKA BAIK.."

JIKA TIDAK? "HIDUP AKN MENDERITA, SAKIT JIWA, GANGGUAN SARAF, TEKANAN MENTAL,HATI JADI GELISAH DAN MUNGKIN AKAN MEMBUNUH DIRI.. DAN AKHIRNYA KAT AKHIRAT PULAK KN MASUK NERAKA.." 

APA YG SPECIAL? SPECIAL SEBAB ALLAH PILIH KAMU PD TIKA DAN WAKTU ITU UTK DIUJI..BUKAN SMUA ORG DAPAT ^_^

DAN SPECIAL BILA KAMU PENUHI REQUEST INI, HATI AKAN TENANG, HIDUP AKAN BAHAGIA DAN BILA MATI AKAN MASUK SYURGA..DGN RAHMAT ALLAH.. MAHU KAN?^_^

BAIKLAH UTK MEMUDAHKAN KAMU SENANG CAM NIE..
"SPECIAL REQUEST" BERMAKSUD JANGANLAH KAMU MENGAKU BERIMAN SEBELUM KAMU DIUJI, DAN KERANA ITU ALLAH MENGUJI KAMU, KERANA ALLAH SAYANG PADA KAMU..KERNA KAMU 'SPECIAL' DAN KERANA ITU 'REQUEST' DI SINI ADALAH SABAR, REDHA DAN BAIK SANGKA DAN YG SEMAKNA DGNNYA..



KERNA APABILA BEGINILAH CARANYA ALLAH HENDAK SELAMATKAN KAMU DARI AZAB API NERAKA YG PANAS MEMBARA..DAN BEGINILAH CARANYA UTK MASUKKAN KAMU KE DLM SYURGA YG KEKAL ABADI..

BUKANKAH PENDERITAAN & REQUEST INI MENJADI INDAH & SPECIAL??

"Wahai Tuhan kami, terimalah drpd kami (amalan kami).Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." ALBAQARAH:127

"Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua org2 Islam (YG BERSERAH DIRI)kpdMu dan jadikanlah drpd keturunan kami umat Islam (YG BERSERAH DIRI) padaMU dan tunjukkanlah kpd kami syariat dan cara2 ibadah kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha PENERIMA TAUBAT LAGI MAHA MENGASIHANI.."ALBAQARAH:128

"Wahai Tuhan kami kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.."ALBAQARAH:201

"Wahai Tuhan kami,limpahkanlah kesabaran keatas kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadp kaum yg kafir." ALBAQARAH:250

"Wahai Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kpd kami bebanan yg berat sebagaiman Engkau bebankan kpd org2 yg sebelum kami.Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kpd kami apa yg tak sanggup kami memikulnya,beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolonh kami mak tolonhlah kami terhadap kaum yg kafir."ALBAQARAH:286

"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kpd kami limpah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yg melimpah2 pemberianNya"Ali-Imran:8

"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yg akan menghimpunkan sekalian manusia utk menerima balasan pd suatu hari (hari khiamat)yg tdk ada keraguan padanya. Sesungguhnya ALLAH tdk memungkiri janjiNYA,"Ali-Imran:9


Tentang kasih sayang Allah terhadap hambanya... sayangnya manusia dibelai dan dijaga dan sayangnya Allah sentiasa diuji untuk melihat kesetian hambanya dan diberi ganjaran disebalik semua itu....


Semua Hakcipta Adalah milik Allah Kerana Ilmu Allah Sangat Luas Dan Tiada Sebarang Larangan Jika Hendak Copy Sebarang Article Dari Sini Atas Tujuan Menyebarkan Islam(ILMU).@
http://rockbebeh.blogspot.com/
http://keretamayat.blogspot.com

Wednesday 29 June 2011

Thiqah Binnafsi..

Assalamualaikum..
sdh lama rasanya x m'update blog ku nie..kalau la blh nmpk tentu dh bersawang2 :) hehe..

kali ini nk kongsi dgn sahabat2ku yg dikasihi sekalian sedikit sebanyak yg aku dpt sms mengikuti program daurah muayyid baru2 nie. insyaALLAH harap dpt mengingatkan diri & smua satu p'kara yg penting yg mst ad dlm setiap jiwa kita yg bergelar MUSLIM..

APA YA THIQAH BINNNAFSI?
thiqah binnafsi ialah.......... YAKIN DIRI!

KENAPA KITA KENA THIQAH DGN DIRI?

Mari kt lihat dlm firman Allah yg bermaksud:
"Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati, kerana kamu paling tinggi(darjat) jika kamu orang beriman." Ali-Imran:139

sbg seorg mukmin kt mestilah ada thiqah dgn diri, sebab apa? cb bayangkan seseorg yg x berketrampilan, berpakaian selekeh, x b'akhlak & m'punyai tutur kata yg x meyakinkan...apakah kt akan mengikutinya @ mengangkatnya sebagai pemimpin/ketua? tentu tidak bukan ! kerana kita perlulah sedar kita adalah seorang dai'e..yg sm2 mengajak diri & manusia lain mengenal ALLAH & mengamalkan ISLAM scr keseluruhan..

Manusia Sebagai Wakil Allah (Khalifah Allah)

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

”Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Para Malaikat: "Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, Padahal Kami Senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Qs. Al-Baqarah : 30)

APAKAH THIQAH BINNAFSI X DPT DICAPAI? 

melalui satu kajian(maaf x ingat sumbernya) individu yg mempunyai thiqah pd diri scr natural(semulajadi) adalh hny 6% sebaliknya individu yg mencapai thiqah melalui latihan adalh >20%
so, ini maknanya thiqah binnafsi blh dicapai, x mustahil tp perlukan latihan yg berterusan.

Rasullullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas;

BAGAIMANA BOLEH DICAPAI?

1) UNGKAPAN
     - FASIH & JELAS DLM SEBUTAN
     - BODY LANGUAGE YG DIFAHAMI
     - NADA BERUBAH2
     - KENALI DIRI
     - BAHASA SESUAI DGN PENDENGAR

2) PENAMPILAN
     - PENTINGKAN IMEJ DIRI
     - SENTIASA SENYUM
     - TENANG TANPA MARAH
     - SEMPURNA DALAM MELANGKAH









BILA TERSERLAH THIQAH PD DIRI?

- TERLIBAT DLM SYURA
- AMAL JAMAI'E
- MEMIMPIN
- TIDAK SEPENDAPAT-LUAHKAN
- X TAKUT PD KEGAGALAN
- BERLAPANG DADA DGN KRITIKAN
- TIMBUNAN MASALAH- DIANGGAP SEBAGAI CABARAN




Sungguh menakjubkan Seorang Mukmin itu. Bila mendapatkan nikmat ia bersyukur dan itu baik baginya. Bila mendapat cobaan ia bersabar dan sabar itu baik baginya. (HR. Muslim).

TANDA2 HILANG THIQAH PD DIRI?

1) PEMIKIRAN
- AKU TAK TAHU
- PAYAHLA
- AKU TAK MAMPU
- SEGANLAH
- AKU TAK CUKUP ILMU
- AKU TAK BAGUS,ORANG LAIN LAGI BAGUS

2) TINGKAH LAKU
- RAGU2
- BERFIKIRAN NEGATIF
- TAK AMBIL PEDULI
- DUDUK DI BELAKANG
- TAK MAHU BERUBAH


Akhir kalam, Treat ourselve seperti yang sepatutnya Islam mahu. jadilah daie yang thiqah, tidak goyah dan penakut untuk membawa semboyan dakwah..INSYAALLAH ^_^ sm2 berusaha..

Tuesday 8 March 2011

Milikilah sifat malu..

nukilan dr sahabat buat sahabat ^_^








Zaman mutakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlaq dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.









Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.









Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.









Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:







“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”

(HR Bukhari)











Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.









“Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.









Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”







Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:





Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.”

(Shahih Muslim No.50)



Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Shahih Muslim No.53)



Muslimin-muslimat sekalian,





Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri.





Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.



Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.



Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu.



Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu.



Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu.



Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu.



Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu.



Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu.



Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.



Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.



Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu.



Dan macam-macam lagi.







Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara. Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. “Just Do It” antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.







Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.











Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.









Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.









Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.