Saturday 26 December 2009

MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM


Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tahun baru 1431 Hijriyah tahun ini mudah diingati kerana ketibaannya hampir serentak dengan tahun baru 2010 Masihi. Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.

Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;

1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan

Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

2. Berpuasa Sunat

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.

3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram

Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak
( tidak diterima”).

Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;

1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).
2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.
( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)

Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.

Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.

4. Memasak Bubur ‘Asyura

Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nami Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.

5. Doa Awal Tahun

Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)
Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.

Konklusinya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak. Fikir-fikirkanlah…

Sumber: http://ceria.my/proquransunnah
Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris

Wednesday 23 December 2009

Janji Seorang Anak..

bismillahirrahmanirrhim.....
alhmdulilah aq msh diberi nafas utk hidup..
aq pasti..setiap drp kt(sbg seorg anak) mesti mempunyai keinginan utk membahagiakan kedua ibu bapa kt dan membalas jasa mereka apabila kt berjaya kelak,insyaALLAH
tp apakah kt pasti bhw sekarang dan akan datang ....kt x akan berubah..???
teringat aq dgn cerita yg aq tgk smlm..janji seorang anak
pernah ditayangkan di TV3 suatu ms dl, dilakonkan oleh zizan dan fauziah nawi(other actors,don't know their name..sowi)..sangat menyentuh persaan dan membuka hati serta m'aktifkan fikiranku utk berfikir sejenak..
apakah persaan aq pd mak dan abah kini akan tetap sama smp bila2?
hati manusia sentiasa b'bolak balik..mgkn skrg kt dgn yakinnya ckp aq x kn jd mcm 2(anak derhaka)hope so..but in da future??nobody know..
namun aq berdoa pdMU ya Rabb mg ditetapkan hati ini agar sentiasa m'jd anak yg solehah..
dlm cita tu si anak ni(lakonan zizan) pd mulanya mmg m'pnyai keinginan utk merubah nasib keluarganya(ayah dia cacat slps t'lbt dgn kemalangan)..bagi dia hny pelajaran yg dpt mengubah nasibnya( bagus niat tue..)dia seorg anak yg patuh pd parents dia dan selalu menabur janji2 manis pd keluarganya(smp jd anak emas maknye,,p/s:pengajaran pd bakal2 ibu: JANGAN MEMBEZAKAN KASIH SAYANG ANT ANAK2)nk dipendekkn cite,dia msk U kt KL (cos ap x pasti)..ml2 blajar mcm biasa( still seorg ''anak'')bl cuti dia akn pulang ke kampung,tp lm2 akhirny dia berubah( sdh hilang arah tujuan)bergaul bebas dgn kwn2,dh x solat(dl kt kmpg jd bilal),g disco,,tp dia ni bl blk rumah tau pl jd baik..mak dia x sdr pn, pdhal dia dh kn buang ms thn 2 lg sbb x pas exam ( mcm mn nk pas asyik enjoy je,b'lagak mcm anak org kaya kt kwn2 dgn duit biasiswa) pas2 ml la nk mnt bl kete dgn alasan sng nk blk kmpg bl2 ms,sanggup srh mak dia pajakkn tanah( dia janji nk tebus blk)t'paksalah family dia pindah duduk kt rumah yg blh dikategorikan uzur( bl hjn atap bocor)kt tgh2 sawah padi..mak ni percaya la kat anak dia yg sorang ni..yg sedihnya sianak ni t'gamak ckp kt makwe dia mak dia dh meninggal sjk dia kecik lg, so skrg ni dia hny ad ayah yg "kaya'' kononnya. anak derhaka ni tergamak sepak mak dia yg tgh sakit(sbb mak dia nk halang dia amik geran tanah)Balasan bt anak yg derhaka ni dh ditunjukkan kt dunia lg..Dr x dpt diagnose penyakit dia,,Ya Allah  x sanggup nk tengok, mcm kudis pn ad gak penuh satu badan..saat kematiannya penuh ulat2 kluar dr kudis 2..sepanjang proses pengebumian berbagai2 peristiwa b'laku..nk angkat mayat dia pny la berat smp empat2 tayar van pecah, pas2 tanah yg nk gn x ckp2, slps berdoa,brlah blh tp keesokannya,
berlubang balik..masyaAllah...
kisah ni sangat baik utk dijadikan teladan

antara pengajaran yg dpt diambil:
1- Jadilah seorang anak yg taat&patuh pd kedua ibu bapa selagi x b'tentangan dgn syara' ( redza Allah terletak pd redza ibu bapa)
2- Hargailah kehadiran mereka selagi masih diberi peluang ( jgn menyesal di kemudian hari)-gembirakan mereka
3- Jangan malu untuk mengakui mereka sbg ibu bapa kt x kira la apa jua keadaan mereka -cacat,miskin (siapa kt nk menilai mereka,tanpa mereka kt x pny ap2 nilai pn kt dunia ni)
4- Mengingati susah payah & pengorbanan mereka sepanjang membesarkan kt- berbakti apabila dah berjaya kelak ( jgn lupa diri & hanya mementingkan kerjaya smp x pny masa utk mereka-fenomena msa kini) mak & ayah kt x mengharapkan wang  ringgit tp kasih sayang & keprihatinan kt yg mrk harapkan
5- Sentiasa menjaga nama baik merka x kr walau di mn kt berada ( jaga akhlak & tingkah laku)

Sama2 lah kt membentuk sebuah keluarga yg bahagia ^_^


                                                        uhibbu usrati :)

Wednesday 16 December 2009

HARAPAN PADAMU SUBUR KEMBALI..




                                Saujana

Harapan PadaMu Subur Kembali



Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

        Alangkah susahnya
        Mendidik nafsuku
        Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
        Bantulah hambaMu
        Dalam mendidik jiwaku ini

        
Al-Ghaffar - Maha Pengampun

Al-Qahhar - Maha Menundukkan
Perkataan mehnah berasal daripada bahasa Arab مَحَنَ- يَمْحَنُ- مَحْنًا مِحْنَةٌ yang membawa maksud ujian dan seksaan yang berat , iaitu menguji manusia ...

tgh dok tension2  study ari 2 aq bkk lagu(agak kuat drp biasa ^_^) nk relievekn tension ckit..
smp kt lagu ni aq rs t'ksn & cb cari lirik dia
aq dedikasikan lagu ni khas bt diriku dan rakan seperjuanganku
marilah sm2 kt m'hayati makna yg tersurat & tersirat pd lagu ni
mg kt kuat & sabar menghadapi setiap ujian & rintangan ....

aLL dA bESt to all my frenz :)
esp 2 my s2d gp's members- timah,ida,mun,aina
4 CFCS exam tomorrow
sm2 kt doakn  mg dipermudahkan & LULUS dalam ujian ni
insyaALLAH....

Thursday 10 December 2009

Pertemuan..

walaupn br pertama kali b'temu,aq rs mcm prnh jmp je sblm ni..dia pn  ^_^
sekejap je tp ukhuwah persaudaraan islam membuatkn aq dan dia terasa dekat
di awl p'temuan dia membacakan firman ALLAH:

“Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu, 'Berlapang-lapanglah dalam majlis-majlis ,' maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, 'Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mujadalah: 11).


Allah menjelaskan bahawa Dia akan memberi kelapangan kepada orang-orang yang beriman dan akan meninggikan derajat mereka sebagai balasan atas perbuatan mereka. Niat dan hati setiap orang berada dalam genggaman Allah. Jika Dia ridha dengan perbuatan mereka, Dia dapat memberikan apa saja yang Dia kehendaki kepada orang ini. Untuk itulah orang-orang yang beriman mengharapkan balasan dan pahala apa saja dari Allah. Jika mereka melapangkan ruangan dalam suatu majlis, mereka tidak mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain, tetapi hanya mengharapkan keridhaan Allah, Kerana Dia akan memberikan ketenangan dalam hati mereka dan akan meninggikan darjat mereka.
 
itulah muqaddimah pertemuan kami...
topik utama yg ingin dibincangkan ialah NIAT
betapa pentingnya niat dalam sesuatu amal krn melalaui niat ia membezakan ant adat dan ibadah
betapa aq hidup di dunia ini adakah aq niatkan semata2 krn ALLAH..YA Allah sungguh selama aq hidup 22 tahun,aq sering lalai & leka dr mengingati MU..
tdk th brp amalanku yg diterima..apakah aq bnr2 ikhlas? mg ENGKAU pelihara hatiku ini..
setiap amalan kt seharian jk diniatkan krn ALLAH akan mendpt pahala
w/pun x bt lg, br niat je( bnd baik) Allah dh bg pahala. kalu kt niat jahat x dpt ap2, & perbuatan jahat 2 kalau x jd bt dapat pahala..masyaAllah..betapa besar kasih sayangNYA pd kita(renungkanlah)
even kalu kt nk gosok gigi,mandi pn kt blh niat untuk bersuci,sbb ap? sbb Allah sk pd org yg bersih..niat membezakan amalan yg kt bt.. lg 1 cth kalu pagi 2 kt x mkn kt niat puasa sbb nk diet(fikirkanlah)
kt mmg hamba yg lemah yg tdk prnh t'lps dr melakukan kesalahan,ttp kt blh b'usaha utk memajukan diri m'cr kebaikan..InsyaAllah




"Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusan ku, berikanlah aku apa yang terbaik untuk ku, pimpin dan bawalah aku ke penghujungnya, supaya hasil perjalanan ini membawa aku dekat dengan-Mu. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui segalanya, dan sesungguhnya Engkau-lah tempat aku berharap. "
Dialah Kak Elly :)
br je mendirikan rumahtangga..
senang je jodoh dia dipertemukan dgn suami tercinta
pesanan dia:ikhlaskan hati kt insyaAllah dipermudahkan

Saturday 5 December 2009

kisah GHULAM(budak),SIHIR DAN RAHIB..

Ini Peranan Pelajar ...... (hadis ghulam)
Apa ya peranan kt sbg seorg yg bakal bergelar doktor 'muslim' kelak, adakah hanya sekadar merawat pesakit, that's it ??? so,what r da differences between us n other Dr ( non-muslim)? ikuti kisah ini sampai ke penghujung... insyaAllah akan bertemu jawapannya :)
Dari Suhaib bahawa Rasullah saw pernah bercerita:

Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir (1). Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut “Aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku (2). Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya (3). Selepas kali tersebut, setiap kali melalui temoat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya (4). Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib (5), rahib berkata kepadanya, “Jika kamu tajutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (dirumah). Jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.” (6)

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa) yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata didalam hatinya: pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: “Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.” (7)

Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang ramai sanga kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya.)

Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya; “Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang (8). Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji (9). Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali- kali engkau memberitahu tentang aku” (10)

Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budaktersebut: “Semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.”

Budak itu berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu”. Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala (11).

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: “Siapakah yang mengembalikan penglihatanmu?” Kata pembesar tersebut: “Tuhanku.”

Raja sangat marah dan mengatakan: “Adakah tuhan yang lain selain dariku??”

Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini san dapat melakukan itu dan ini.”

Lalu budak itu menjawab: “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat meyembuhkan ialah Allah. Lalu iapun ditangkap dan terus disiksa sehinggalah ia pun mengbongkarkan rahsia rahib (kerana idak tahan dengan siksaan) (12).

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkansupaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai ke bumi (13).

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata: “Balik semula kepada agama asalmu”. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: “Bawa budak ini ke bukit sekian- sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: “Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.” (14)

Tiba- tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang- orang raja tersebut. Budak balik berjalan lepada raja. Raja bertanya: “Mana dia kawan- kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: “Bawa budak ini ke tengah laut. Jika dia enggan.campakkan dia ke dalam laut”.

Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama.tiba- tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: “Mana kawan- kawan ku?”. Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu tidakmungkin dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: “Apa dia?” (15). Kata budak: “Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikat aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau berbuat demikian, kamu akan dapat membunuhku.”

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sepohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak tersebut dan terus meninggal dunia.

(Tiba-tiba orang ramai berkata: budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada tuhan budak ini.” (16)

Raja manjadi kelam kabut dan mengatakan “Telah berlaku apa yang aku tak mahu ianya berlaku.lalu raja menyuruh digali parit-parit dilaluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal.jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: “wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran.” (17)

Pengajaran yg boleh kita ambil drp kisah ini.. (Berdasarkan nombor)

(1)

• Dunia ini (setiap zaman) memang ada raja dan pembesar- pembesarnya (yang menjadikan raja tersebut nampak hebat) yang menyokongnya. Salah seorang daripada pembesar tersebut ialah ahli sihir.

• Raja = pemimpin, menteri

• Pemimpin thagut = pemimpin yang tidak melaksanakan hukum Islam

• Tukang sihir

= Orang yang menjadikan raja nampak sangat hebat, berkuasa

= Ahli sihir pada zaman sekarang ialah sains dan teknologi

= Contoh: AS nampak sangat hebat kerana teknologi sainsnya yang sangat maju.

• Contoh raja dan ahli sihir masing –masing mengikut zaman:

RAJA                                               AHLI SIHIR

Firaun                                              Ahli sihir

Pemimpin Quraisy                          Para penyair

Pemimpin sekarang                         Sains dan teknologi

~Perhatikan persamaan yang wujud ~

(2)

• Walalupun ahli sihir @ orang yang hebat dalam sesuatu bidang, tetapi mereka tahu bahawa mereka akan mati akhirnya. Oleh itu, ideologi @ ajaran mereka hanya akan berkembang jika ada pelapis.

• Kriteria pelapis ialah cerdik. Rasullah bersabda: “Jika seseorang itu adah terbaik sewaktu jahiliyyah nya, maka dia juga akan menjadi yang terbaik juga sewaktu islam nya (tidak jahiliyyah)”

• Kecerdikanini penting supaya ideologi tersebut dapat disebarkan pula kepada orang lain.

(3)

• Rahib = Orang yang mengajar tentang ajaran Allah

(4)

• Ciri-ciri budak = rela dan mahu untuk ditarbiyyah (dididik)

(5)

• Budak menceritakan / mengadu masalahnya kepada rahib  menunjukkan wujudnya ukhwah diantara rahib dan budak

(6)

• Ciri-ciri rahib

: Mesra

: Membantu orang keluar daripada masalah

: Mengetahui dan sensitif terhadap apa yang hendak diajar kepada budak dan cara terbaik supaya dakwah itu dapat terus berjalan

: Rahib sensitif terhadap keadaan budak (mad’u/pelajar) tersebut, jadi dia mencari jalan untuk mengeluarkan budak itu daripada masalahnya dan sekaligus memastikan ilmu islam itu dapat diberikan kepada generasi baru (ada pelapis)

: Keadaan pada ketika itu sangat thaghut (darurat). Pada waktu itu, cadangan rahib kepada budak tersebut pada adalah cara yang terbaik kerana jika tidak, rahib tidak akan dapat lagi mengajar ajaran islam kepada budak itu  tidak ada pelapis  ajaran islam tidak dapat disebarkan

• Cadangan yang diberikan oleh rahib menunjukkan yang budak tersebut telah datang dan belajar daripada rahib dua kali sehari (datang kepada ahli sihir lewat, balik rumah pun lewat)  budak bertemu rahib ketika pergi dan pulang.

Pengajaran: Kalau kita mahu memahami Islam, kita perlu belajar lebih daripada ilmu sihir (ilmu dunia)

(7)

• Allah datangkan suatu peristiwa untuk menguatkan iman budak tersebut

(8)

• Satu lagi ciri rahib ialah dia mengetahui waktu bila budak tersebut bersedia untuk berdakwah (sudah boleh memberitahu/menyampaikan kepada orang lain tentang Islam)

• Rahib memuji budak tersebut untuk menaikkan semangatnya

(9)

• Proses berdakwah pasti akan menghadapi pelbagai-bagai ujian. Jika kita kembali semula kepada proses berdakwah yang dilakukan oleh Rasullah dan para sahabat, mereka semua tidak pernah sunyi daripada ujian-ujian. Namun, mereka teruskan juga perjuangan untuk menyebarkan islam ini kerana semakin susah sesuatu perkara itu, semakin tinggi dan besar ganjaran yang diberikan Allah kepada kita.

(10)

• Strategi dakwah – supaya pewaris terus kekal

(11)

• Budak tersebut bekerja sebagai doktor dan dia telah menggunakan kerjayanya itu untuk berdakwah kepada orang ramai

Dakwah wajib dilakukan oleh setiap individu muslim tidak mengira harta,pangkat, kerjaya, jantina dan apa sahaja. Tugas berdakwah tidak hanya terletak kepada bahu ustaz atau alim ulama’ sahaja. Rasullah bersabda, “Sampaikanlah ajaran ku walau hanya satu huruf”. Malah ilmu yg sedikit tetapi disampaikan kepada org lain insya Allah akan digandakan oleh Allah.

• Budak tersebut telah maju ke step berdakwah yang berbeza.. pada mulanya budak tersebut ditarbiyyah dan sekarang dia menyampaikan, tetapi masih lagi ditarbiyyah

Langkah-langkah berdakwah:

1. Memperkenalkan islam kepada orang lain

: Cth: Rahib memperkenalkan islam kepada budak

2.Mentarbiyyah

: Makna tarbiyyah

-Proses pendidikan untuk mengubah diri

-Uslub (cara) yang terbaik untuk berinteraksi dengan fitrah manusia dengan cara langsung (kata2) atau dengan cara melakukan perubahan kepada yang lebih baik berpandukan manhaj (method)

(12)

• Proses berdakwah pasti akan menghadapi tentangan oleh pemerintah yang zalim. Banyak tokoh-tokoh islam yang menghadapi tentangan-tentangan seperti ini sehingga ada yang menemui syahid di tali gantung seperti Sayyid Qutb.

(13)

• Rahib dibunuh dulu kerana budak tersebut sudah pun terkenal dan mendapat kepercayaan di kalangan rakyat, jadi kalau budak itu dibunuh, hal itu akan

: mendapat tentangan daripada rakyat

: raja akan digulingkan

: islam akan tersebar luas disebabkan perkara ini

• Sebenarnya, rahib itu telah pun mati apabila kepalanya digergaji, tetapi raja sengaja menggergaji tubuh rahib sehinnga terbelah dua untuk menakutkan budak itu.

(14)

• Inilah cara berdoa yang patut diamalkan kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Meskipun sesuatu itu dianggap baik seperti selamat daripada dibunuh atau lulus dalam peperiksaan, tetapi kite tidak tahu adakah itu yang terbaik untuk kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

(15)

• Sekarang, keinginan raja untuk membunuh budak tersebut menjadi sangat tinggi selepas beberapa cubaannya telah gagal, sehingga keinginan tersebut mengatasi niat asalnya iaitu untuk menghalang agama islam daripada tersebar luas, supaya rakyatnya terus menyembahnya.

• Sebab itu, apabila budak tersebut memberitahu cara untuk membunuhnya, raja terus melaksanakannya tanpa berfikir panjang. Dia tidak memikirkan akibat daripada cara pembunuhan secara terang-terangan di hadapan orang ramai.

(16)

• Dengan menyebut nama Allah, barulah budak tersebut berjaya dibunuh. Peristiwa ini meyakinkan orang ramai yang menyaksikan pembunuhan itu. Mereka bertambah yakin bahawa apa yang dibawa oleh budak itu adalah kebenaran. Maka, mereka pun beriman kepada Allah.

(17)

• Hatta wanita dan kanak-kanak juga berperanan sangat penting untuk menyebarkan dakwah.

Hadis riwayat Muslim, Tarmizi dan Imam Ahmad. Hadis ini juga disebutkan oleh Imam Nawawi di dalam kitab Riyadhus Solihin.

Diakhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan:

Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Saidina umar r.a. telah menemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka. Allahuakbar!!