Ini Peranan Pelajar ...... (hadis ghulam)
Apa ya peranan kt sbg seorg yg bakal bergelar doktor 'muslim' kelak, adakah hanya sekadar merawat pesakit, that's it ??? so,what r da differences between us n other Dr ( non-muslim)? ikuti kisah ini sampai ke penghujung... insyaAllah akan bertemu jawapannya :)
Dari Suhaib bahawa Rasullah saw pernah bercerita:
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir (1). Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut “Aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku (2). Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya (3). Selepas kali tersebut, setiap kali melalui temoat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya (4). Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib (5), rahib berkata kepadanya, “Jika kamu tajutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (dirumah). Jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.” (6)
Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa) yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata didalam hatinya: pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: “Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.” (7)
Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang ramai sanga kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya.)
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya; “Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang (8). Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji (9). Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali- kali engkau memberitahu tentang aku” (10)
Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budaktersebut: “Semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.”
Budak itu berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu”. Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala (11).
Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: “Siapakah yang mengembalikan penglihatanmu?” Kata pembesar tersebut: “Tuhanku.”
Raja sangat marah dan mengatakan: “Adakah tuhan yang lain selain dariku??”
Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini san dapat melakukan itu dan ini.”
Lalu budak itu menjawab: “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat meyembuhkan ialah Allah. Lalu iapun ditangkap dan terus disiksa sehinggalah ia pun mengbongkarkan rahsia rahib (kerana idak tahan dengan siksaan) (12).
Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkansupaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai ke bumi (13).
Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata: “Balik semula kepada agama asalmu”. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: “Bawa budak ini ke bukit sekian- sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: “Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.” (14)
Tiba- tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang- orang raja tersebut. Budak balik berjalan lepada raja. Raja bertanya: “Mana dia kawan- kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: “Bawa budak ini ke tengah laut. Jika dia enggan.campakkan dia ke dalam laut”.
Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama.tiba- tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: “Mana kawan- kawan ku?”. Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.
Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu tidakmungkin dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: “Apa dia?” (15). Kata budak: “Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikat aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau berbuat demikian, kamu akan dapat membunuhku.”
Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sepohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak tersebut dan terus meninggal dunia.
(Tiba-tiba orang ramai berkata: budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada tuhan budak ini.” (16)
Raja manjadi kelam kabut dan mengatakan “Telah berlaku apa yang aku tak mahu ianya berlaku.lalu raja menyuruh digali parit-parit dilaluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal.jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.
Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: “wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran.” (17)
Pengajaran yg boleh kita ambil drp kisah ini.. (Berdasarkan nombor)
(1)
• Dunia ini (setiap zaman) memang ada raja dan pembesar- pembesarnya (yang menjadikan raja tersebut nampak hebat) yang menyokongnya. Salah seorang daripada pembesar tersebut ialah ahli sihir.
• Raja = pemimpin, menteri
• Pemimpin thagut = pemimpin yang tidak melaksanakan hukum Islam
• Tukang sihir
= Orang yang menjadikan raja nampak sangat hebat, berkuasa
= Ahli sihir pada zaman sekarang ialah sains dan teknologi
= Contoh: AS nampak sangat hebat kerana teknologi sainsnya yang sangat maju.
• Contoh raja dan ahli sihir masing –masing mengikut zaman:
RAJA AHLI SIHIR
Firaun Ahli sihir
Pemimpin Quraisy Para penyair
Pemimpin sekarang Sains dan teknologi
~Perhatikan persamaan yang wujud ~
(2)
• Walalupun ahli sihir @ orang yang hebat dalam sesuatu bidang, tetapi mereka tahu bahawa mereka akan mati akhirnya. Oleh itu, ideologi @ ajaran mereka hanya akan berkembang jika ada pelapis.
• Kriteria pelapis ialah cerdik. Rasullah bersabda: “Jika seseorang itu adah terbaik sewaktu jahiliyyah nya, maka dia juga akan menjadi yang terbaik juga sewaktu islam nya (tidak jahiliyyah)”
• Kecerdikanini penting supaya ideologi tersebut dapat disebarkan pula kepada orang lain.
(3)
• Rahib = Orang yang mengajar tentang ajaran Allah
(4)
• Ciri-ciri budak = rela dan mahu untuk ditarbiyyah (dididik)
(5)
• Budak menceritakan / mengadu masalahnya kepada rahib menunjukkan wujudnya ukhwah diantara rahib dan budak
(6)
• Ciri-ciri rahib
: Mesra
: Membantu orang keluar daripada masalah
: Mengetahui dan sensitif terhadap apa yang hendak diajar kepada budak dan cara terbaik supaya dakwah itu dapat terus berjalan
: Rahib sensitif terhadap keadaan budak (mad’u/pelajar) tersebut, jadi dia mencari jalan untuk mengeluarkan budak itu daripada masalahnya dan sekaligus memastikan ilmu islam itu dapat diberikan kepada generasi baru (ada pelapis)
: Keadaan pada ketika itu sangat thaghut (darurat). Pada waktu itu, cadangan rahib kepada budak tersebut pada adalah cara yang terbaik kerana jika tidak, rahib tidak akan dapat lagi mengajar ajaran islam kepada budak itu tidak ada pelapis ajaran islam tidak dapat disebarkan
• Cadangan yang diberikan oleh rahib menunjukkan yang budak tersebut telah datang dan belajar daripada rahib dua kali sehari (datang kepada ahli sihir lewat, balik rumah pun lewat) budak bertemu rahib ketika pergi dan pulang.
Pengajaran: Kalau kita mahu memahami Islam, kita perlu belajar lebih daripada ilmu sihir (ilmu dunia)
(7)
• Allah datangkan suatu peristiwa untuk menguatkan iman budak tersebut
(8)
• Satu lagi ciri rahib ialah dia mengetahui waktu bila budak tersebut bersedia untuk berdakwah (sudah boleh memberitahu/menyampaikan kepada orang lain tentang Islam)
• Rahib memuji budak tersebut untuk menaikkan semangatnya
(9)
• Proses berdakwah pasti akan menghadapi pelbagai-bagai ujian. Jika kita kembali semula kepada proses berdakwah yang dilakukan oleh Rasullah dan para sahabat, mereka semua tidak pernah sunyi daripada ujian-ujian. Namun, mereka teruskan juga perjuangan untuk menyebarkan islam ini kerana semakin susah sesuatu perkara itu, semakin tinggi dan besar ganjaran yang diberikan Allah kepada kita.
(10)
• Strategi dakwah – supaya pewaris terus kekal
(11)
• Budak tersebut bekerja sebagai doktor dan dia telah menggunakan kerjayanya itu untuk berdakwah kepada orang ramai
• Dakwah wajib dilakukan oleh setiap individu muslim tidak mengira harta,pangkat, kerjaya, jantina dan apa sahaja. Tugas berdakwah tidak hanya terletak kepada bahu ustaz atau alim ulama’ sahaja. Rasullah bersabda, “Sampaikanlah ajaran ku walau hanya satu huruf”. Malah ilmu yg sedikit tetapi disampaikan kepada org lain insya Allah akan digandakan oleh Allah.
• Budak tersebut telah maju ke step berdakwah yang berbeza.. pada mulanya budak tersebut ditarbiyyah dan sekarang dia menyampaikan, tetapi masih lagi ditarbiyyah
• Langkah-langkah berdakwah:
1. Memperkenalkan islam kepada orang lain
: Cth: Rahib memperkenalkan islam kepada budak
2.Mentarbiyyah
: Makna tarbiyyah
-Proses pendidikan untuk mengubah diri
-Uslub (cara) yang terbaik untuk berinteraksi dengan fitrah manusia dengan cara langsung (kata2) atau dengan cara melakukan perubahan kepada yang lebih baik berpandukan manhaj (method)
(12)
• Proses berdakwah pasti akan menghadapi tentangan oleh pemerintah yang zalim. Banyak tokoh-tokoh islam yang menghadapi tentangan-tentangan seperti ini sehingga ada yang menemui syahid di tali gantung seperti Sayyid Qutb.
(13)
• Rahib dibunuh dulu kerana budak tersebut sudah pun terkenal dan mendapat kepercayaan di kalangan rakyat, jadi kalau budak itu dibunuh, hal itu akan
: mendapat tentangan daripada rakyat
: raja akan digulingkan
: islam akan tersebar luas disebabkan perkara ini
• Sebenarnya, rahib itu telah pun mati apabila kepalanya digergaji, tetapi raja sengaja menggergaji tubuh rahib sehinnga terbelah dua untuk menakutkan budak itu.
(14)
• Inilah cara berdoa yang patut diamalkan kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Meskipun sesuatu itu dianggap baik seperti selamat daripada dibunuh atau lulus dalam peperiksaan, tetapi kite tidak tahu adakah itu yang terbaik untuk kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
(15)
• Sekarang, keinginan raja untuk membunuh budak tersebut menjadi sangat tinggi selepas beberapa cubaannya telah gagal, sehingga keinginan tersebut mengatasi niat asalnya iaitu untuk menghalang agama islam daripada tersebar luas, supaya rakyatnya terus menyembahnya.
• Sebab itu, apabila budak tersebut memberitahu cara untuk membunuhnya, raja terus melaksanakannya tanpa berfikir panjang. Dia tidak memikirkan akibat daripada cara pembunuhan secara terang-terangan di hadapan orang ramai.
(16)
• Dengan menyebut nama Allah, barulah budak tersebut berjaya dibunuh. Peristiwa ini meyakinkan orang ramai yang menyaksikan pembunuhan itu. Mereka bertambah yakin bahawa apa yang dibawa oleh budak itu adalah kebenaran. Maka, mereka pun beriman kepada Allah.
(17)
• Hatta wanita dan kanak-kanak juga berperanan sangat penting untuk menyebarkan dakwah.
Hadis riwayat Muslim, Tarmizi dan Imam Ahmad. Hadis ini juga disebutkan oleh Imam Nawawi di dalam kitab Riyadhus Solihin.
Diakhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan:
Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Saidina umar r.a. telah menemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka. Allahuakbar!!
Saturday, 5 December 2009
kisah GHULAM(budak),SIHIR DAN RAHIB..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam...kak liza...
cte nie saya pnh dgr time skolah2 dl..thanks sbb dpt kongsi kisah2 zaman nabi dl...wassalam~
Salam
Im and my family returnibg whats belong to you
Matapenaliza. Blogspot
Post a Comment