Tuesday, 6 July 2010

CATATAN KEMBARA DARI CHINA..

Alhamdulilah, syukur  kupanjatkan pdMu Ya Rabb kerna tlh memberi peluang buat diri ini  melangkah merentasi bumi ciptaanMu, melihat indahnya alam yg terbentang luas atas kekuasaanMu serta mensyukuri nikmtMu.Aku memulakan catatan kembaraku  pada kali ini dengan lafaz bismillah dan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-'Ankabut Ayat 19-20

"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)








 Lets bring our ummah to the top of the world.. ^_^










'1 UMMAH FOR 1 NATION'


kembaraku ke China bersama teman2 elektif seramai 10 org bermula dr 13hb-26Jun2010..Ssh rsnya nk gmbrkan perasaanku ketika itu, gembira + takut (almaklum la nk p negara org yg aq sndtr x th??)..pepun aq serahkn semua pdNya & alhamdulilah perjalanan km dipermudahkan.. kalu nk th aq ni ad motion sickness,bl pkr2 perjalanan km smuanya naik kenderaan,ye la kan x kn km nk jln kaki kot..hehe. aq plg risau yg ni,kalu png2 mcm mn nnt?..kt cni km bkn sekadar melancong tp ad amanah yg km pegang utk
dipertanggungjawabkn ( pepun km bekerja smbl bergembira^_^                   

tp alhmdulilah spnjg kembara aq      
adela png2 ckit tp x la trk .. ni 1st time aq dpt naik flight, tp aq  rs x best pn,heee..km x trs ke beijing, km transit kt chengdu dl.dr cni km menaiki train..nk tau bp lm?? 26 jam..ssh nk percaya kn tp percayalah..pengalaman nie mmg x dpt dilupakan..(t'snym sndr)bermulalah perkenalan km dgn org kt sna..haha lucu betol,diorg x th speaking & km plk th ckit2 je bhs diorg, mk t'jd lah perbualn ant itik & ayam, siap ad men tnjk signal lg..tp kt cni aq terfikir yg ukuwah 2 ttp dpt dibina w/pn agk skr asalkn kt ikhlas nk menjalinkan perkenlan,aq gembira..

kembara ini banyak membantu untuk km menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat. Sesuailah dengan Firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat (49:13):


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

d cni aq sdr km bkn hny skdr membawa identiti sbg rakyat Malaysia tp yg lbh utma adalah sbg seorg muslim yg m'bw identiti ISLAM,krn mrk melihat dr sudut pemakaian km..soaln yg kerap ditny ' R U NOT FEEL HOT WEARING THIS STUFF??( TUDUNG)..mnny tidak mrk melihat km muslimat x lekang dr memakai tudung even ms tidor pn, km mst la menjaga aurat, satu perasaan aneh (syahdu) aq rskn, ssh nk ckp btp islam itu suci& murni krn memelihara maruah km.. pengalaman solat di atas train, di perkarangan hotel,restorant & airpot,smua 2 mengajar aq.. indahnya islam kurasakn kerna ke mn sj berada ALLAH tetap b'sm..smua itu dipermudahkn ALLAH,tdk disulitkan..

kt cni, mmg km rs mcm foreigner btl la, kmn je pergi, smua pndg2, knp ea rsnya? mayb sbb cara pemakaian km yg berbeza...ms nie la nk perkenalkan Islam scr x lgsg..kn jg attitude..siap ad yg nk bergambar bersama.. hehe ap slhnya :).tp diorg ni x de la sombong, senyum sokmo..km pn aq rs th ckp "nihao"-hello je la..sbg tanda kesopanan..then bl diorg tny lbh2,we just can answer-wo pu che tau :)haha

Crita psl beijing..hmm mmg sebuah bndr yg sngt2 cbuk..jln raya fuhh..sesak sngt dgn kenderaan,pening jgk aq tgk
& aq pelik ckit dgn  traffic kt cni.. diorg ni sk hon, driver kitorang pn ap krgnya :) bangunan plk smua tinggi2 & hebat,mmg nmpk membangun la..
bnyk tmpt2 menarik yg km lawat antaranya tmpt2 bersejarah spt tianmen square,forbidden city,summer palace. tmpt2 ni kalu nk th sm mcm yg kt tgk dlm tv cite yg ad maharani, maharaja, psl dinasti,smua 2 la..so interesting :) tmpt len yg km pergi termasukla traditional chinese medicine centre,Dr tea house,jade and crystal shop,panda zoo,bird's nest stadium,silk store,burning cream centre n  hutong tour(p'kmpungan cina)..bnyk bnd br yg km bljr drp tmpt2 nie..x lp tmpt shopping pn ad gak, puas jgk la  b'jln & memikir brg ap yg hndk dibeli sbg buahtangan ^_^

Selain 2 km jg melawat 3 buah masjid ,solat & m'interview imam d sna..melihat keunikan senibinanya & kaligrafi islam..Niujie mosque merupakan masjid yg tertua & terbesar di beijing..

last but not least, aq berjaya mendaki great wall of china,x la smp ke puncak *_^hehe..menurut tourist guide km,vivian..org china menggelarkn org yg berjaya mendaki great wall sbg Hao Han (the real hero)..

sebut psl mknn plk,hmmm..blh thnla tp semestiny x sm mcm m'sia..mknn dia lbh kpd vege & krg pedas :) ms kt sna,rs rindu sngt dgn mskn mak..2 br g 2 mingu,tb2 t'fkr plk kt student2 kt yg study kt overc,camne ek ....?? pepun itulah nmnya pengorbanan demi menuntut ilmu...

hee bnyk plk aq berceloteh kt cni :) ikt kr bnyk lg tp ckp la stkt i2 yg dpt aq kongsikan bersama...sekiranya berpeluang lg, aq ingin berkunjung ke negara lain plk..InsyaAllah...

Monday, 7 June 2010

POKOK MINDA SIHAT


ari ni aku menemani abah ke klinik. masa abah msk ke dlm bilik rawatan, aku melihat poster2 yg tertampal pd dinding dannn mataku tertumpu pd 1 poster yg terdapat sebatang pokok. inilah pokok yg aku maksudkn..len ckit dr pokok yg aku lihat, tp pointnya yg nk aku kongsikan dgn teman2..mari sm2 kt fikir& renungkan bersama... ^_^

Wednesday, 12 May 2010

Istimewa Buat Yang Bernama Wanita..



Buat teman-teman yang diingati..

Jangan dicinta kerana dia lelaki

Kelak kita akan membenci

Jika dia bukan lelaki yang dicari

Hanya pandai menabur janji...



Jangan di rindu pada paras rupa

Kelak kita akan terseksa

Jika dia tidak sebaik rupanya

Senyumnya manis tipu belaka...



Jangan disayang kerana berharta

Kelak kita hidup menderita

Jika hartanya habis dibelanja

Sukar hidup, miskin dan papa...



Jangan dikasih kerana dipuji

Kelak kita menagih janji

Jika rupa berkedut dimamah hari

Hilang sudah puji memuji...



Jangan dicari seorang kekasih

Kelak kita akan disisih

Jika kasih luntur bersih

Menangislah diri hidup bersedih...



Jangan disambut salam rindu

Kelak kita menahan sendu

Jika rindu tak dapat disatu

Dimanakah kita akan mengadu...



Jangan dilayan seorang teman

Kelak hidup menjadi ancaman

Jika teman tidak beriman

Dibakar api hari kemudian...



Wahai sahabat wahai teman

Carilah dia kerana tuhan

Untuk menambah ceteknya iman

Bekalan diri hidup berteman...



Wahai sahabat wahai teman

Cintalah dia kerana beriman

Dijadikan tuhan sebagai pasangan

Baik buruk ketentuan tuhan



Wahai sahabat wahai teman

Terimalah dia penuh keikhlasan

Andai buruk angaplah dugaan

Andai baik pujilah tuhan...



Wahai sahabat wahai teman

Ingatlah akan janji tuhan

Isteri yang baik besar balasan

Suami penyabar itulah kemenagan...

Monday, 26 April 2010

BERILMU DI ATAS, BERAMAL DI BAWAH..

Assalamualaikum...
tgh dok nk clearkn laptopku, yg ntahla bnyk bende sngt dok smpn,setengah2 x th pn ape..hehe,terjumpa la article nie..menarik ^_^ so nk kongsi dgn kwn2.. selamat membaca..

“Sebenarnya makcik, keadaan kulit makcik ni ialah atopic dermatitis”, kata Dr. Rizal kepada Hajah Jenab, salah seorang pesakit yang sedang dirawatnya.

“Apa benda tu, nak?”, tanya Hajah Jenab.

”Eczema”, jawab Dr. Rizal.

”Eczema? Apa tu?”, Hajah Jenab semakin bingung.

”Protin filaggrin dalam badan kita. Dia berinteraksi dengan keratin di kulit dan bila keadaan dah kronik, kulit kita mengalami penebalan dan jadi waterproof. Macam kulit makcik ini”, sambung Dr. Rizal.

Muka Hajah Jenab sudah merah padam. Nafasnya turun naik.

”Eh, makcik ada asthma ya? Eczema dengan asthma memang saling berkait rapat. Mekanisma dan gen kedua-duanya sama. Kenapa makcik tak beritahu saya yang makcik ada masalah pernafasan”, kata Dr. Rizal sambil mengeluarkan stethescope dari kot putihnya.

”Apa le kaitannya sesak nafas dengan gatal kulit ni? Maleh aku nak melayan kamu. Udah, bior aku balik sapu minyak gamat aje”, Hajah Jenap bangkit dan menepis tangan Dr. Rizal yang mahu memeriksa pernafasannya.

”Eh makcik, tunggu dulu!”, Dr. Rizal menjerit.

Dummm…

Pintu bilik dihempas oleh Makcik Jenap. Nafasnya sesak dan tangannya masih tidak jemu-jemu menggaru siku yang kegatalan.


ILMU USTAZ, DOKTOR DAN JURUTERA

Ia bukan hanya dilema Ustaz Rizal. Malah Dr. Rizal juga begitu. Ilmu yang dicedok dengan begitu mendalam melalui sentuhan akademik ”Clinical Medicine” oleh Kumar & Clark, tidak mudah untuk diterjemahkan dalam bentuk penerangan yang boleh difahami oleh Hajah Jenap yang mengadu gatal kulit.

Kurap sahaja isunya.

Tetapi melarat sampai ke Protin Filaggrin, Keratin dan entah apa lagi.

Seorang ustaz, doktor, mahu pun jurutera ada tanggungjawab untuk menterjemahkan ilmunya kepada kegunaan masyarakat, seluas mungkin.

Seorang ustaz bertaraf PhD, jangan tersinggung jika ilmu yang mahu digunakan oleh orang kampung darinya, hanyalah doa penguat ingatan, agar tidak lupa kepada doa-doa yang pernah dihafal.

Seorang doktor bertaraf pakar di bidang radiasi leher, jangan tersinggung jika ada saudara maranya yang hanya bertanyakan soalan ubat demam.

Seorang jurutera elektrik bertaraf Ingenieur (Ir.), jangan tersinggung jika semasa kenduri kendara, ada ahli keluarga yang mahukan khidmat ilmu dan kemahirannya untuk memasang lampu khemah sahaja.

Itulah realiti kehidupan.

Kita perlu belajar sedalam mungkin, setinggi mungkin. Namun, kebijaksaan tetap terletak pada keupayaan kita menterjemahkan sesuatu yang complicated kepada yang ringkas dan boleh difahami.

Kata John C. Maxwell, “genius is about changing something complicated into simple!”


PESANAN: On January 23rd, 2007, Da Great said:

Ya Allah, lemahnya diri hambaMu ini, semakin mencari ilmu dan menimba pengalaman, semakin sedar betapa kerdilnya diri ini,n banyak kelemahan yg masih belum diperbaiki..

Terasa lak bila terbaca artikel ni.. study medic or dentistry tinggi2 pun, study la ovc memana, kalo balik tk pndai adaptasi dgn masyarakat n persekitaran tk guna gak. Last2 jadi cam dr rizal td laks…

So,sumer yg still dlm dunia student lg, rebutlah sumer peluang yg ada… penuhkan ilmu di dada sebanyak mungkin. Ikhlaskan niat kerana Allah

Kita bukannya nk jadi doktor sekadar pada nama dan sijil shj,,, sebaliknya tanamkan niat dr sekarang, mulai hari ini,aku nk jadi doktor muslim yg serbaboleh dlm pelbagai bidang.

Doktor yg dlm masa yg sama,boleh mnjadi imam…arif dlm bidang agama…boleh memberi nasihat n tazkirah… sentiasa menjadi rujukan masyarakat

n paling penting banyak contribute pd masyarakat…


Ingat!! “Sebaik-baik muslim adalah yg byk memberi manfaat kpd org lain”

Saturday, 24 April 2010

UCAPLAH INSYAALAH....

Ketika matahari memancarkan sinaran teriknya.Ainur menyidai pakaian di ampaian setelah memutarkan selama lebih 30 minit di dalam mesin basuh.itulah rutin biasa kebanyakan penghuni asrama yg bergelar seorang pelajar..senang & menjimatkan masa(malas sebenarnya..*_^) Menjelang petang,kira2 sesudah asar dia bersama sahabat2 usrah dah plan nak keluar ke bandar untuk merasai keenakan makanan sebuah restoran yg baru dibuka di sana..kebetulan ainur pula akan bercuti panjang, so kr2 macam perpisahan sementara la. Asalnya plan pulang ke asrama sebelum maghrib,tup2 mereka pulang ketika azan isya' sedang berkumandang.. aaah,Ainur tiba2 mengeluh..dia terlupa untuk mengangkat kain di jemuran sebelum pergi tadi..sampai saja di asrama, dia terus pergi meninjau ke ampaian..rasanya dh kering, mananya tidak bahang kepanasan petang tadi masih terasa tapi lembap2 sikit dek kerana titisan embun malam yang mengenai bajunya.."biarkan je la..esokrasanya tak hujan kot,sekarang kan asyik panas jer"
Ainur berkira2 di dalam hati.. baju 2 pn dibiarkan lah..Alangkah terkejutnya dia setelah tersedar keesokan paginya semua baju2 nya telah basah disirami air hujan..huhu,sedih juga rasa hati..Sempatkah kering sebelum dia pulang ke kampung?? Tika saat itu, dia tersedar & teringat akan firman Allah di dalam surah Al-Kahf ayat 23-24 :

dan janganlah kamu berkata mengenai sesuatu; sesungguhnya aku akan mengerjakannya besok pagi” ayat 23
“kecuali dengan menyebut ‘ Insya Allah’ dan ingatlah pada Tuhan bila kamu telupa dan berdoalah semoga Allah memberi petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari ini” ayat 24
Allah menurunkan wahyu (surah al-Kahf, ayat 23-24).
Allah memberikan ingatan kepada Nabi bahawa status, pengetahuan dan nasibnya bergantung pada Rabb-nya, Pendidiknya, Yang Maha Esa dan Maha Kuasa. "Menurut riwayat,ada beberapa orang Quraisy bertanya kpd Nabi Muhammad saw tentang roh,kisah ashabul kahfi(penghuni gua),dan kisah Zulkarnain lalu baginda menjawab,datanglah besok pagi kpdku agar aku ceritakan kepadamu. Dan baginda tidak mengucapkan Insya Allah(ertinya jika ALLAH mengkehendaki) Tapi rupanya smp besok harinya wahyu terlambat datang utk menceritakan hal tersebut.,Nabi pun tidak dapat menjawabnya.Maka turunlah ayat di atas sbg pelajaran kpd Nabi & sevara tak langsung kpd kita semua umatnya...

BERSAMA2  RENUNGKAN.....

Saturday, 17 April 2010

DENYUT KASIH MEDIK..


Assalamualaikum..
alhamdulilah ana telah berjaya m'khatamkan novel yg diberi nama DENYUT KASIH MEDIK..
br je semalam..puas hati la..gaya penceritaan dan penulisan yg menarik. tahniah bt penulisnya Dr Farhan Hadi..ana sangat kagum dgn beliau.. buku ini membawa kt menyelami bagaimana misi seorang doktor muda dlm memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih,berjayakah?? ana syorkan kpd sahabat2 sekalian utk membaca buku ini, InsyaAllah kt akan lebih memahami & menyedari misi sebenar kt dlm menjalankan amanah sbg seorang doktor.. MAGHI PAKAT BACA DEH  ^_^

Thursday, 15 April 2010

BILA HATI BERBICARA...

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"- Ar-Rahman:13
Alhamdulillah,setinggi2 kesyukuran kupanjatkan ke hadrat Ilahi diatas segala nikmat yg dikurniakan kpd ku.. moga diri ini tergolong di kalangan hambaMu yg sentiasa bersyukur, insyaAllah...
Dengan izinNya jua aku berjaya menapak selangkah lagi ke hadapan..syukur..tahniah buat rakan2 seperjuanganku yg telah berjaya & bg yg kurang bernasib baik,aku titipkan doa moga kalian diberi kekuatan dan kecekalan utk meneruskan perjuangan..janganlah sesekali berputus harap dgn rahmat Allah..

wahhh, kali ni ak dpt cuti yg panjang, 3 bln tur..2 minggu sdh aq menghabiskn cuti di rumah & skrg aq berada di tempat aq belajar kini,Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian ..utk apa??hehe..datang berniaga sbb nk kumpul dana utk program elektif kumpulanku yg akan ke Beijing,China..insyaAllah..seminggu sdh berniaga,alhamdulilah pulangan memuaskan walaupun badan ni rs t'sangat la letih dan sengal2 ckit ^_^ maklumla dh lm x berenyah( bt kerja2 berat)hehe..

hari ni ad satu perkara yg sedikit sebanyak mengusik jiwaku,satu perasaan yg skr digambarkan..seronok,terharu?ntahla.. tgh2 aq dok meniaga mcm biasa la ad sorang customer ni dtg senyum2 kpdku, aq pn membalas senyumannya sekadar berbahasa..di sebelahnya seorang perempuan yg pd pandanganku mungkin anaknya, saudaranya??sedang pilih2 nk beli baju, tiba2 dia menuturkan kata, "Kenal Pakcik??" aq senyum kpdnya sambil mindaku sedaya upaya  memproses mencari identiti gerangan empunya badan, siapa ya?? dia menyambung perbicaraannya.. "WAD 7S,pakcik kn tebuk kt ketiak buang air dr peparu" gotcha,I remember now =) Rupa2 nya pakcik ni dl aq pernah ketemu..ap yg membuatkan aq rs terharu adlah pakcik ni masih mengingatiku walaupun aq hanya sekadar berbual sekejap saja dengannya bertanyakan tentang satu saluran tiub yg bersambungan dr ketiknya ke dlm satu bekas..masa 2 aq saja je g b'bual2 dgn dia bkn bertujuan nk amik full history pun..ntahla susah nk cakap, tp dr c2 aq rs semakin x sabar nk msk clinical year,walaupun aq tahu aq bakal berdepan dgn satu situasi yg mencabar.. aq harap aq dapat belajar dgn sebaiknya supaya aq dpt menjalankn tanggungjawabku kelak  bkn hny sekadar merawat penyakit tetapi juga jiwa pesakit, profession doktor bkn lah matlamat utamaku( sekadar mendekatkan aq dgn masyarakat) tetapi yg lebih utama adalah menjalankan tugas sbg seorg da'i menyedarkan mereka sehingga benar2 mengenal,memahami,mengaplikasi  ISLAM sehingga meresap kedalam jiwa..aq perlu melengkapkan diri utk itu,aq cuba,,insyaAllah..aq bkn la insan yg sempurna,aq juga sering melakukan kesalahan sm ada sedar @ x, aq jg sedang belajar & terus belajar, moga diri ini sentiasa diberikan pertunjuk & dipimpin olehNya ke jalan kebenaran kerana aq adalah hambaNYA yg x lepas dari melakukan dosa...
Wallahualam..