Tuesday, 17 August 2010
Puisi ini untukmu…
Kaulah mawar idaman
Tumbuhmu di taman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai
Sesucinya hatimu seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai seorang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah
Kembangmu tetap indah
Walau cuma di taman larangan
Menyinarkan nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
Berkat asuhan ayah bonda
Kaulah serikandi ummah
Akhlakmu permata diri
Peliharalah maruah dan budi
Nescaya kaulah yang bernama
Wanita Sejati
Kebanggaan ayah bonda…
Thursday, 29 July 2010
THE BEGINNING OF CLINICAL YEARS......
PERINGATAN BUAT DIRI & SAHABAT2:
-janganlah merungut @ mengeluh atas kesibukan wak2 skrg krn kt tlh memilih jalan ini.. berbaktilah dgn ikhlas krn kt bkn hny merawat fizikal pesakit semata2 but we're deal with human being.. be honour & sincere to them..
-ingatlah ap yg kt lakukan skrg jg merupakan satu ibadah.. sesuatu yg akan dinilai oleh Nya & menjadi tanggungjawab kt utk melaksanakn sebaik mungkin mengikut kemampuan kita
InsyaALLAH akan dipermudahkan sekiranya kt benar2 berusaha ke arah itu..
-kt membawa imej sbg seorang DR MUSLIM, oleh itu tunjukkanlah ciri2 yg sepatutnya kt tanamkan krn ia jg merupakan salah satu jalan dakwah sekiranya kt sedari...
-ingatlah ini bkn penghujung perjalanan tp kt sbnrnya sedang melalui satu perjalanan menuju ke alam yg kekal...janganlah kesibukan kt menjauhkan kt drpNya, justeru itu malah lbh mendekatkan diri pdNYA.. kesibukan itu bknlah satu alasan,bergantung kpd kt sama ad mahu @x, tepuk dada tanya iman :)
sama2lah berdoa smg Allah permudahkan dan memberikan kt kekuatan agar dpt menempuh hari2 yg penuh cabaran & dugaan ini...ameenn
ALLAH lah tempat bergantung.....
wallahualam...
Wednesday, 7 July 2010
Promosi buku..
Assalamualaikum...
di kesempatan nie ana nak promote buku hasil nukilan Hilal Asyraf kt teman2 skalian..
alhamdulilah..cuti panjang ana terisi dgn 2 buah buku yg bg ana dpt mengisi kekosongan jiwa yg agak lalai ini..
Membawa mesej, jangan mengasingkan diri drp kawan yg soleh supaya x terasing drp hidayah Allah.
Turut mengetengahkan kemanisan ukhuwah yg dibina atas nama Yang Esa.
Mengajar erti hubungan dgn Allah & manusia sekeliling yg mn kdg2 terlepas drp pandangan. Juga mengajar erti ujian kehidupan.Sahabat,keluarga,cinta & kerja dicampuradukkan m'jd 1 aspek yg rapat dgn gaya kehidupan seharian yg sepatutnya diaplikasikan. Masalah yg ditimbulkan menjadikan kisah semakin dibaca semakin mendebarkan. Dan yg paling penting ia mengajar erti kebergantungan kpd Allah dlm ap jua keadaan..
Memang bestttt ^_^
adik-adik
ketahuilah bahawa hidupmu,
ketika kecil bukan untuk dibazirkan,
sedangkan usiamu yang kecil
itu adalah masa pembinaan,
maka cerita ini hadir,
untuk memberikan kamu pengajaran,
Agar kamu ada contoh untuk dilihat,
dan diambil untuk menjadi ikutan.
Remaja Mulia,
Hadiah untuk kamu wahai
Pewaris Masa Hadapan..
~Hilal asyraf~
Tuesday, 6 July 2010
CATATAN KEMBARA DARI CHINA..
Alhamdulilah, syukur kupanjatkan pdMu Ya Rabb kerna tlh memberi peluang buat diri ini melangkah merentasi bumi ciptaanMu, melihat indahnya alam yg terbentang luas atas kekuasaanMu serta mensyukuri nikmtMu.Aku memulakan catatan kembaraku pada kali ini dengan lafaz bismillah dan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-'Ankabut Ayat 19-20
"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)
'1 UMMAH FOR 1 NATION'
kembaraku ke China bersama teman2 elektif seramai 10 org bermula dr 13hb-26Jun2010..Ssh rsnya nk gmbrkan perasaanku ketika itu, gembira + takut (almaklum la nk p negara org yg aq sndtr x th??)..pepun aq serahkn semua pdNya & alhamdulilah perjalanan km dipermudahkan.. kalu nk th aq ni ad motion sickness,bl pkr2 perjalanan km smuanya naik kenderaan,ye la kan x kn km nk jln kaki kot..hehe. aq plg risau yg ni,kalu png2 mcm mn nnt?..kt cni km bkn sekadar melancong tp ad amanah yg km pegang utk
dipertanggungjawabkn ( pepun km bekerja smbl bergembira^_^
tp alhmdulilah spnjg kembara aq
adela png2 ckit tp x la trk .. ni 1st time aq dpt naik flight, tp aq rs x best pn,heee..km x trs ke beijing, km transit kt chengdu dl.dr cni km menaiki train..nk tau bp lm?? 26 jam..ssh nk percaya kn tp percayalah..pengalaman nie mmg x dpt dilupakan..(t'snym sndr)bermulalah perkenalan km dgn org kt sna..haha lucu betol,diorg x th speaking & km plk th ckit2 je bhs diorg, mk t'jd lah perbualn ant itik & ayam, siap ad men tnjk signal lg..tp kt cni aq terfikir yg ukuwah 2 ttp dpt dibina w/pn agk skr asalkn kt ikhlas nk menjalinkan perkenlan,aq gembira..
kembara ini banyak membantu untuk km menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat. Sesuailah dengan Firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat (49:13):
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
d cni aq sdr km bkn hny skdr membawa identiti sbg rakyat Malaysia tp yg lbh utma adalah sbg seorg muslim yg m'bw identiti ISLAM,krn mrk melihat dr sudut pemakaian km..soaln yg kerap ditny ' R U NOT FEEL HOT WEARING THIS STUFF??( TUDUNG)..mnny tidak mrk melihat km muslimat x lekang dr memakai tudung even ms tidor pn, km mst la menjaga aurat, satu perasaan aneh (syahdu) aq rskn, ssh nk ckp btp islam itu suci& murni krn memelihara maruah km.. pengalaman solat di atas train, di perkarangan hotel,restorant & airpot,smua 2 mengajar aq.. indahnya islam kurasakn kerna ke mn sj berada ALLAH tetap b'sm..smua itu dipermudahkn ALLAH,tdk disulitkan..
kt cni, mmg km rs mcm foreigner btl la, kmn je pergi, smua pndg2, knp ea rsnya? mayb sbb cara pemakaian km yg berbeza...ms nie la nk perkenalkan Islam scr x lgsg..kn jg attitude..siap ad yg nk bergambar bersama.. hehe ap slhnya :).tp diorg ni x de la sombong, senyum sokmo..km pn aq rs th ckp "nihao"-hello je la..sbg tanda kesopanan..then bl diorg tny lbh2,we just can answer-wo pu che tau :)haha
Crita psl beijing..hmm mmg sebuah bndr yg sngt2 cbuk..jln raya fuhh..sesak sngt dgn kenderaan,pening jgk aq tgk & aq pelik ckit dgn traffic kt cni.. diorg ni sk hon, driver kitorang pn ap krgnya :) bangunan plk smua tinggi2 & hebat,mmg nmpk membangun la..
bnyk tmpt2 menarik yg km lawat antaranya tmpt2 bersejarah spt tianmen square,forbidden city,summer palace. tmpt2 ni kalu nk th sm mcm yg kt tgk dlm tv cite yg ad maharani, maharaja, psl dinasti,smua 2 la..so interesting :) tmpt len yg km pergi termasukla traditional chinese medicine centre,Dr tea house,jade and crystal shop,panda zoo,bird's nest stadium,silk store,burning cream centre n hutong tour(p'kmpungan cina)..bnyk bnd br yg km bljr drp tmpt2 nie..x lp tmpt shopping pn ad gak, puas jgk la b'jln & memikir brg ap yg hndk dibeli sbg buahtangan ^_^
Selain 2 km jg melawat 3 buah masjid ,solat & m'interview imam d sna..melihat keunikan senibinanya & kaligrafi islam..Niujie mosque merupakan masjid yg tertua & terbesar di beijing..
last but not least, aq berjaya mendaki great wall of china,x la smp ke puncak *_^hehe..menurut tourist guide km,vivian..org china menggelarkn org yg berjaya mendaki great wall sbg Hao Han (the real hero)..
sebut psl mknn plk,hmmm..blh thnla tp semestiny x sm mcm m'sia..mknn dia lbh kpd vege & krg pedas :) ms kt sna,rs rindu sngt dgn mskn mak..2 br g 2 mingu,tb2 t'fkr plk kt student2 kt yg study kt overc,camne ek ....?? pepun itulah nmnya pengorbanan demi menuntut ilmu...
hee bnyk plk aq berceloteh kt cni :) ikt kr bnyk lg tp ckp la stkt i2 yg dpt aq kongsikan bersama...sekiranya berpeluang lg, aq ingin berkunjung ke negara lain plk..InsyaAllah...
Monday, 7 June 2010
POKOK MINDA SIHAT
Wednesday, 12 May 2010
Istimewa Buat Yang Bernama Wanita..
Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...
Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...
Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...
Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji...
Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...
Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...
Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...
Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...
Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan
Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...
Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan...
Monday, 26 April 2010
BERILMU DI ATAS, BERAMAL DI BAWAH..
Assalamualaikum...
tgh dok nk clearkn laptopku, yg ntahla bnyk bende sngt dok smpn,setengah2 x th pn ape..hehe,terjumpa la article nie..menarik ^_^ so nk kongsi dgn kwn2.. selamat membaca..
“Sebenarnya makcik, keadaan kulit makcik ni ialah atopic dermatitis”, kata Dr. Rizal kepada Hajah Jenab, salah seorang pesakit yang sedang dirawatnya.
“Apa benda tu, nak?”, tanya Hajah Jenab.
”Eczema”, jawab Dr. Rizal.
”Eczema? Apa tu?”, Hajah Jenab semakin bingung.
”Protin filaggrin dalam badan kita. Dia berinteraksi dengan keratin di kulit dan bila keadaan dah kronik, kulit kita mengalami penebalan dan jadi waterproof. Macam kulit makcik ini”, sambung Dr. Rizal.
Muka Hajah Jenab sudah merah padam. Nafasnya turun naik.
”Eh, makcik ada asthma ya? Eczema dengan asthma memang saling berkait rapat. Mekanisma dan gen kedua-duanya sama. Kenapa makcik tak beritahu saya yang makcik ada masalah pernafasan”, kata Dr. Rizal sambil mengeluarkan stethescope dari kot putihnya.
”Apa le kaitannya sesak nafas dengan gatal kulit ni? Maleh aku nak melayan kamu. Udah, bior aku balik sapu minyak gamat aje”, Hajah Jenap bangkit dan menepis tangan Dr. Rizal yang mahu memeriksa pernafasannya.
”Eh makcik, tunggu dulu!”, Dr. Rizal menjerit.
Dummm…
Pintu bilik dihempas oleh Makcik Jenap. Nafasnya sesak dan tangannya masih tidak jemu-jemu menggaru siku yang kegatalan.
ILMU USTAZ, DOKTOR DAN JURUTERA
Ia bukan hanya dilema Ustaz Rizal. Malah Dr. Rizal juga begitu. Ilmu yang dicedok dengan begitu mendalam melalui sentuhan akademik ”Clinical Medicine” oleh Kumar & Clark, tidak mudah untuk diterjemahkan dalam bentuk penerangan yang boleh difahami oleh Hajah Jenap yang mengadu gatal kulit.
Kurap sahaja isunya.
Tetapi melarat sampai ke Protin Filaggrin, Keratin dan entah apa lagi.
Seorang ustaz, doktor, mahu pun jurutera ada tanggungjawab untuk menterjemahkan ilmunya kepada kegunaan masyarakat, seluas mungkin.
Seorang ustaz bertaraf PhD, jangan tersinggung jika ilmu yang mahu digunakan oleh orang kampung darinya, hanyalah doa penguat ingatan, agar tidak lupa kepada doa-doa yang pernah dihafal.
Seorang doktor bertaraf pakar di bidang radiasi leher, jangan tersinggung jika ada saudara maranya yang hanya bertanyakan soalan ubat demam.
Seorang jurutera elektrik bertaraf Ingenieur (Ir.), jangan tersinggung jika semasa kenduri kendara, ada ahli keluarga yang mahukan khidmat ilmu dan kemahirannya untuk memasang lampu khemah sahaja.
Itulah realiti kehidupan.
Kita perlu belajar sedalam mungkin, setinggi mungkin. Namun, kebijaksaan tetap terletak pada keupayaan kita menterjemahkan sesuatu yang complicated kepada yang ringkas dan boleh difahami.
Kata John C. Maxwell, “genius is about changing something complicated into simple!”
PESANAN: On January 23rd, 2007, Da Great said:
Ya Allah, lemahnya diri hambaMu ini, semakin mencari ilmu dan menimba pengalaman, semakin sedar betapa kerdilnya diri ini,n banyak kelemahan yg masih belum diperbaiki..
Terasa lak bila terbaca artikel ni.. study medic or dentistry tinggi2 pun, study la ovc memana, kalo balik tk pndai adaptasi dgn masyarakat n persekitaran tk guna gak. Last2 jadi cam dr rizal td laks…
So,sumer yg still dlm dunia student lg, rebutlah sumer peluang yg ada… penuhkan ilmu di dada sebanyak mungkin. Ikhlaskan niat kerana Allah
Kita bukannya nk jadi doktor sekadar pada nama dan sijil shj,,, sebaliknya tanamkan niat dr sekarang, mulai hari ini,aku nk jadi doktor muslim yg serbaboleh dlm pelbagai bidang.
Doktor yg dlm masa yg sama,boleh mnjadi imam…arif dlm bidang agama…boleh memberi nasihat n tazkirah… sentiasa menjadi rujukan masyarakat
n paling penting banyak contribute pd masyarakat…
Ingat!! “Sebaik-baik muslim adalah yg byk memberi manfaat kpd org lain”









