Monday 26 April 2010

BERILMU DI ATAS, BERAMAL DI BAWAH..

Assalamualaikum...
tgh dok nk clearkn laptopku, yg ntahla bnyk bende sngt dok smpn,setengah2 x th pn ape..hehe,terjumpa la article nie..menarik ^_^ so nk kongsi dgn kwn2.. selamat membaca..

“Sebenarnya makcik, keadaan kulit makcik ni ialah atopic dermatitis”, kata Dr. Rizal kepada Hajah Jenab, salah seorang pesakit yang sedang dirawatnya.

“Apa benda tu, nak?”, tanya Hajah Jenab.

”Eczema”, jawab Dr. Rizal.

”Eczema? Apa tu?”, Hajah Jenab semakin bingung.

”Protin filaggrin dalam badan kita. Dia berinteraksi dengan keratin di kulit dan bila keadaan dah kronik, kulit kita mengalami penebalan dan jadi waterproof. Macam kulit makcik ini”, sambung Dr. Rizal.

Muka Hajah Jenab sudah merah padam. Nafasnya turun naik.

”Eh, makcik ada asthma ya? Eczema dengan asthma memang saling berkait rapat. Mekanisma dan gen kedua-duanya sama. Kenapa makcik tak beritahu saya yang makcik ada masalah pernafasan”, kata Dr. Rizal sambil mengeluarkan stethescope dari kot putihnya.

”Apa le kaitannya sesak nafas dengan gatal kulit ni? Maleh aku nak melayan kamu. Udah, bior aku balik sapu minyak gamat aje”, Hajah Jenap bangkit dan menepis tangan Dr. Rizal yang mahu memeriksa pernafasannya.

”Eh makcik, tunggu dulu!”, Dr. Rizal menjerit.

Dummm…

Pintu bilik dihempas oleh Makcik Jenap. Nafasnya sesak dan tangannya masih tidak jemu-jemu menggaru siku yang kegatalan.


ILMU USTAZ, DOKTOR DAN JURUTERA

Ia bukan hanya dilema Ustaz Rizal. Malah Dr. Rizal juga begitu. Ilmu yang dicedok dengan begitu mendalam melalui sentuhan akademik ”Clinical Medicine” oleh Kumar & Clark, tidak mudah untuk diterjemahkan dalam bentuk penerangan yang boleh difahami oleh Hajah Jenap yang mengadu gatal kulit.

Kurap sahaja isunya.

Tetapi melarat sampai ke Protin Filaggrin, Keratin dan entah apa lagi.

Seorang ustaz, doktor, mahu pun jurutera ada tanggungjawab untuk menterjemahkan ilmunya kepada kegunaan masyarakat, seluas mungkin.

Seorang ustaz bertaraf PhD, jangan tersinggung jika ilmu yang mahu digunakan oleh orang kampung darinya, hanyalah doa penguat ingatan, agar tidak lupa kepada doa-doa yang pernah dihafal.

Seorang doktor bertaraf pakar di bidang radiasi leher, jangan tersinggung jika ada saudara maranya yang hanya bertanyakan soalan ubat demam.

Seorang jurutera elektrik bertaraf Ingenieur (Ir.), jangan tersinggung jika semasa kenduri kendara, ada ahli keluarga yang mahukan khidmat ilmu dan kemahirannya untuk memasang lampu khemah sahaja.

Itulah realiti kehidupan.

Kita perlu belajar sedalam mungkin, setinggi mungkin. Namun, kebijaksaan tetap terletak pada keupayaan kita menterjemahkan sesuatu yang complicated kepada yang ringkas dan boleh difahami.

Kata John C. Maxwell, “genius is about changing something complicated into simple!”


PESANAN: On January 23rd, 2007, Da Great said:

Ya Allah, lemahnya diri hambaMu ini, semakin mencari ilmu dan menimba pengalaman, semakin sedar betapa kerdilnya diri ini,n banyak kelemahan yg masih belum diperbaiki..

Terasa lak bila terbaca artikel ni.. study medic or dentistry tinggi2 pun, study la ovc memana, kalo balik tk pndai adaptasi dgn masyarakat n persekitaran tk guna gak. Last2 jadi cam dr rizal td laks…

So,sumer yg still dlm dunia student lg, rebutlah sumer peluang yg ada… penuhkan ilmu di dada sebanyak mungkin. Ikhlaskan niat kerana Allah

Kita bukannya nk jadi doktor sekadar pada nama dan sijil shj,,, sebaliknya tanamkan niat dr sekarang, mulai hari ini,aku nk jadi doktor muslim yg serbaboleh dlm pelbagai bidang.

Doktor yg dlm masa yg sama,boleh mnjadi imam…arif dlm bidang agama…boleh memberi nasihat n tazkirah… sentiasa menjadi rujukan masyarakat

n paling penting banyak contribute pd masyarakat…


Ingat!! “Sebaik-baik muslim adalah yg byk memberi manfaat kpd org lain”

0 comments: