Alhamdulillah,setinggi2 kesyukuran kupanjatkan ke hadrat Ilahi diatas segala nikmat yg dikurniakan kpd ku.. moga diri ini tergolong di kalangan hambaMu yg sentiasa bersyukur, insyaAllah...
Dengan izinNya jua aku berjaya menapak selangkah lagi ke hadapan..syukur..tahniah buat rakan2 seperjuanganku yg telah berjaya & bg yg kurang bernasib baik,aku titipkan doa moga kalian diberi kekuatan dan kecekalan utk meneruskan perjuangan..janganlah sesekali berputus harap dgn rahmat Allah..
wahhh, kali ni ak dpt cuti yg panjang, 3 bln tur..2 minggu sdh aq menghabiskn cuti di rumah & skrg aq berada di tempat aq belajar kini,Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian ..utk apa??hehe..datang berniaga sbb nk kumpul dana utk program elektif kumpulanku yg akan ke Beijing,China..insyaAllah..seminggu sdh berniaga,alhamdulilah pulangan memuaskan walaupun badan ni rs t'sangat la letih dan sengal2 ckit ^_^ maklumla dh lm x berenyah( bt kerja2 berat)hehe..
hari ni ad satu perkara yg sedikit sebanyak mengusik jiwaku,satu perasaan yg skr digambarkan..seronok,terharu?ntahla.. tgh2 aq dok meniaga mcm biasa la ad sorang customer ni dtg senyum2 kpdku, aq pn membalas senyumannya sekadar berbahasa..di sebelahnya seorang perempuan yg pd pandanganku mungkin anaknya, saudaranya??sedang pilih2 nk beli baju, tiba2 dia menuturkan kata, "Kenal Pakcik??" aq senyum kpdnya sambil mindaku sedaya upaya memproses mencari identiti gerangan empunya badan, siapa ya?? dia menyambung perbicaraannya.. "WAD 7S,pakcik kn tebuk kt ketiak buang air dr peparu" gotcha,I remember now =) Rupa2 nya pakcik ni dl aq pernah ketemu..ap yg membuatkan aq rs terharu adlah pakcik ni masih mengingatiku walaupun aq hanya sekadar berbual sekejap saja dengannya bertanyakan tentang satu saluran tiub yg bersambungan dr ketiknya ke dlm satu bekas..masa 2 aq saja je g b'bual2 dgn dia bkn bertujuan nk amik full history pun..ntahla susah nk cakap, tp dr c2 aq rs semakin x sabar nk msk clinical year,walaupun aq tahu aq bakal berdepan dgn satu situasi yg mencabar.. aq harap aq dapat belajar dgn sebaiknya supaya aq dpt menjalankn tanggungjawabku kelak bkn hny sekadar merawat penyakit tetapi juga jiwa pesakit, profession doktor bkn lah matlamat utamaku( sekadar mendekatkan aq dgn masyarakat) tetapi yg lebih utama adalah menjalankan tugas sbg seorg da'i menyedarkan mereka sehingga benar2 mengenal,memahami,mengaplikasi ISLAM sehingga meresap kedalam jiwa..aq perlu melengkapkan diri utk itu,aq cuba,,insyaAllah..aq bkn la insan yg sempurna,aq juga sering melakukan kesalahan sm ada sedar @ x, aq jg sedang belajar & terus belajar, moga diri ini sentiasa diberikan pertunjuk & dipimpin olehNya ke jalan kebenaran kerana aq adalah hambaNYA yg x lepas dari melakukan dosa...
Wallahualam..
2 comments:
salam..kak liza mesti pandai berckp ngn pakcik tu sampaikan pakcik tu igt kak liza walaupun hanya bualan pendek..tahniah2..keep ur communication skill up~!!okey..slmt berniaga
salam..hehe,ntah la kak rs kak ckp mcm biasa je ^_^ InsyaAllah...I'll try my best =)
Post a Comment