Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut:
“saya bersama-sama fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w, maka kami temui beliau dalam keadaan menangis. Kami bertanya kepada baginda:
“apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?”
baginda menjawab:
“pada malam aku diisra’kan ke langit, aku melihat orang-orang yang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis”.
Saya bertanya lagi:
"wahai Rasulullah apakah yang engkau lihat?”
Baginda bersabda:
1. wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih
2. wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya yang di cabut dari belakang, sedangkan tar mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya
3. wanita yang digantung dengan buah dadanya dari belakang badannya, sedang air getah kayu zakum dituangkan ke keronkongnya
4. wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah umbun-unbun kepalanya, serta dibelit dibawah kekuasaan ular dank ala jengking
5. wanita yang memakan badannya sendiri, serta di bawah tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya
6. wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka
7. wanita yang bermuka hitam serta memakan usus-ususnya sendiri
8. wanita yang tuli, buta dan bisu di dalam peti neraka, sedang badanya mengalir darah dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga dan mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit
9. wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan
10. wanita yang berbentuk anjing sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka
Maka berdirilah Fatimah sambil berkata:
“wahai ayahku, mata hati kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu? Rasulullah s.a.w bersabda:
“hai Fatimah, ada pun tentang:
1. wanita yang di gantung dengan rambutnya, karana dia tidak menjaga rambutnya (ditutup) dikalangan lelaki
2. wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya
3. ada pun wanita yang digantung dengan payu daranya, karana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya
4. adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu, karana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dan haid dan nifas (keluar darah selepas melahirkan anak)
5. ada pun wanita yang memakan badannya sendiri, karana dia bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan aib orang lain
6. adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan oaring ramai, dengan maksud supaya mereka (orang ramai) itu melihat perhiasan, dan orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya
7. adapun wanita yang diikat kedua kakinya dan tangannya sampai keumbun-umbun dan di belit oleh ular dank ala jenking, karana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwuduk dan solat dan tidak mahu mandi wajib
8. adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti hamar kerana dia suka mengadu domba serta berdusta
9. adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, karana dia ahli fitnah serta suka marah-marah kepada suaminya
Monday, 6 December 2010
Renungan untuk wanita akhir zaman
Monday, 22 November 2010
Aku sangat2 menyayangimu.......
" kepala sakit lg x. jgn dok biaq,pi ja cek " sms yg br sj ku terima...Ya ALLAH, sukar utk ku lafazkan perasaan ini, sebak & terharu..betapa besarnya nilai yg ad pd ibuku & mgkn jg pd ibu2yg len..dlm keadaan ibuku yg kurang sihat namun begitu masih lg ingatkan diriku di sini..apakah aku dapat melakukan seperti apa yg ibuku lakukan kelak..aku berdoa semoga Allah sentiasa tetapkan hatiku agar menjadi anak yg patuh & solehah kpd kedua ibubapaku..aku br sj pulang dr kampungku bg menyambut hari raya haji.. ditakdirkan ibuku demam x kebah2..risau jg dibuatnya,tp alhamdulilah setelah pemeriksaan darah dibuat, tiada ap2 masalah,cuma dr bgtau ad jangkitan pd saluran kencing, tp suspect TB jgk, harap2 bukanla,tgh tunggu result AFB dr kahak yg kn hantar 3 kali..sbg anak aku membantu menguruskan rumah ap yg patut..sngt terasa kelainannya bl mak jatuh sakit,hmmm.. x seronok, hilang serinya..mak sngt2 menghargai pertolonganku yg bgku mmg seharusnya menjadi tanggungjawabku, aku x ksh.. tiba2, suatu malam slps maghrib, ditakdirkan aku rs sakit kepala, sakit sngt, ntahla tiba2 je..mak yg th trs memicit kepalaku..sungguh terasa kasihsayang nya meresap ke dlm jiwaku...trima kasih mak..Ya Allah..mampukah aku membalas jasa ibuku ini..walaupn sakitnya x berkurang tp aku senang..tidur awal la aku mlm tue ^_^. alhamdulilah keesokannya sakit kepala ku hilang..dan kini ibuku bertanyakan sm ad sakit kepala dtg lg..itulah keperihatinannya pd diriku..aku sngt2 menghargainya..aku sngt2 menyayangi dirinya..Ya Allah, segeralah beri kesembuhan pd ibuku..ameen
Saturday, 23 October 2010
MUHASABAH CINTA..
Aku dedicate kn lagu nie khas bt teman2 seperjuangaku yg disayangi krn Allah.. smg kt sentiasa diberikan kekuatan & kesabaran menghadapi setiap ujian yg diberi..seperti yg terdapat dlm firman Allah:
"Ketahuilah,pahala ALLAH lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,dan (pahala yang besar) itu hanya diperoleh oleh orang2 yg sabar." Al-Qasas:80
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com/
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Tuesday, 17 August 2010
Puisi ini untukmu…
Kaulah mawar idaman
Tumbuhmu di taman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai
Sesucinya hatimu seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai seorang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah
Kembangmu tetap indah
Walau cuma di taman larangan
Menyinarkan nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
Berkat asuhan ayah bonda
Kaulah serikandi ummah
Akhlakmu permata diri
Peliharalah maruah dan budi
Nescaya kaulah yang bernama
Wanita Sejati
Kebanggaan ayah bonda…
Thursday, 29 July 2010
THE BEGINNING OF CLINICAL YEARS......
PERINGATAN BUAT DIRI & SAHABAT2:
-janganlah merungut @ mengeluh atas kesibukan wak2 skrg krn kt tlh memilih jalan ini.. berbaktilah dgn ikhlas krn kt bkn hny merawat fizikal pesakit semata2 but we're deal with human being.. be honour & sincere to them..
-ingatlah ap yg kt lakukan skrg jg merupakan satu ibadah.. sesuatu yg akan dinilai oleh Nya & menjadi tanggungjawab kt utk melaksanakn sebaik mungkin mengikut kemampuan kita
InsyaALLAH akan dipermudahkan sekiranya kt benar2 berusaha ke arah itu..
-kt membawa imej sbg seorang DR MUSLIM, oleh itu tunjukkanlah ciri2 yg sepatutnya kt tanamkan krn ia jg merupakan salah satu jalan dakwah sekiranya kt sedari...
-ingatlah ini bkn penghujung perjalanan tp kt sbnrnya sedang melalui satu perjalanan menuju ke alam yg kekal...janganlah kesibukan kt menjauhkan kt drpNya, justeru itu malah lbh mendekatkan diri pdNYA.. kesibukan itu bknlah satu alasan,bergantung kpd kt sama ad mahu @x, tepuk dada tanya iman :)
sama2lah berdoa smg Allah permudahkan dan memberikan kt kekuatan agar dpt menempuh hari2 yg penuh cabaran & dugaan ini...ameenn
ALLAH lah tempat bergantung.....
wallahualam...
Wednesday, 7 July 2010
Promosi buku..
Assalamualaikum...
di kesempatan nie ana nak promote buku hasil nukilan Hilal Asyraf kt teman2 skalian..
alhamdulilah..cuti panjang ana terisi dgn 2 buah buku yg bg ana dpt mengisi kekosongan jiwa yg agak lalai ini..
Membawa mesej, jangan mengasingkan diri drp kawan yg soleh supaya x terasing drp hidayah Allah.
Turut mengetengahkan kemanisan ukhuwah yg dibina atas nama Yang Esa.
Mengajar erti hubungan dgn Allah & manusia sekeliling yg mn kdg2 terlepas drp pandangan. Juga mengajar erti ujian kehidupan.Sahabat,keluarga,cinta & kerja dicampuradukkan m'jd 1 aspek yg rapat dgn gaya kehidupan seharian yg sepatutnya diaplikasikan. Masalah yg ditimbulkan menjadikan kisah semakin dibaca semakin mendebarkan. Dan yg paling penting ia mengajar erti kebergantungan kpd Allah dlm ap jua keadaan..
Memang bestttt ^_^
adik-adik
ketahuilah bahawa hidupmu,
ketika kecil bukan untuk dibazirkan,
sedangkan usiamu yang kecil
itu adalah masa pembinaan,
maka cerita ini hadir,
untuk memberikan kamu pengajaran,
Agar kamu ada contoh untuk dilihat,
dan diambil untuk menjadi ikutan.
Remaja Mulia,
Hadiah untuk kamu wahai
Pewaris Masa Hadapan..
~Hilal asyraf~
Tuesday, 6 July 2010
CATATAN KEMBARA DARI CHINA..
Alhamdulilah, syukur kupanjatkan pdMu Ya Rabb kerna tlh memberi peluang buat diri ini melangkah merentasi bumi ciptaanMu, melihat indahnya alam yg terbentang luas atas kekuasaanMu serta mensyukuri nikmtMu.Aku memulakan catatan kembaraku pada kali ini dengan lafaz bismillah dan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-'Ankabut Ayat 19-20
"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)
'1 UMMAH FOR 1 NATION'
kembaraku ke China bersama teman2 elektif seramai 10 org bermula dr 13hb-26Jun2010..Ssh rsnya nk gmbrkan perasaanku ketika itu, gembira + takut (almaklum la nk p negara org yg aq sndtr x th??)..pepun aq serahkn semua pdNya & alhamdulilah perjalanan km dipermudahkan.. kalu nk th aq ni ad motion sickness,bl pkr2 perjalanan km smuanya naik kenderaan,ye la kan x kn km nk jln kaki kot..hehe. aq plg risau yg ni,kalu png2 mcm mn nnt?..kt cni km bkn sekadar melancong tp ad amanah yg km pegang utk
dipertanggungjawabkn ( pepun km bekerja smbl bergembira^_^
tp alhmdulilah spnjg kembara aq
adela png2 ckit tp x la trk .. ni 1st time aq dpt naik flight, tp aq rs x best pn,heee..km x trs ke beijing, km transit kt chengdu dl.dr cni km menaiki train..nk tau bp lm?? 26 jam..ssh nk percaya kn tp percayalah..pengalaman nie mmg x dpt dilupakan..(t'snym sndr)bermulalah perkenalan km dgn org kt sna..haha lucu betol,diorg x th speaking & km plk th ckit2 je bhs diorg, mk t'jd lah perbualn ant itik & ayam, siap ad men tnjk signal lg..tp kt cni aq terfikir yg ukuwah 2 ttp dpt dibina w/pn agk skr asalkn kt ikhlas nk menjalinkan perkenlan,aq gembira..
kembara ini banyak membantu untuk km menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat. Sesuailah dengan Firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat (49:13):
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
d cni aq sdr km bkn hny skdr membawa identiti sbg rakyat Malaysia tp yg lbh utma adalah sbg seorg muslim yg m'bw identiti ISLAM,krn mrk melihat dr sudut pemakaian km..soaln yg kerap ditny ' R U NOT FEEL HOT WEARING THIS STUFF??( TUDUNG)..mnny tidak mrk melihat km muslimat x lekang dr memakai tudung even ms tidor pn, km mst la menjaga aurat, satu perasaan aneh (syahdu) aq rskn, ssh nk ckp btp islam itu suci& murni krn memelihara maruah km.. pengalaman solat di atas train, di perkarangan hotel,restorant & airpot,smua 2 mengajar aq.. indahnya islam kurasakn kerna ke mn sj berada ALLAH tetap b'sm..smua itu dipermudahkn ALLAH,tdk disulitkan..
kt cni, mmg km rs mcm foreigner btl la, kmn je pergi, smua pndg2, knp ea rsnya? mayb sbb cara pemakaian km yg berbeza...ms nie la nk perkenalkan Islam scr x lgsg..kn jg attitude..siap ad yg nk bergambar bersama.. hehe ap slhnya :).tp diorg ni x de la sombong, senyum sokmo..km pn aq rs th ckp "nihao"-hello je la..sbg tanda kesopanan..then bl diorg tny lbh2,we just can answer-wo pu che tau :)haha
Crita psl beijing..hmm mmg sebuah bndr yg sngt2 cbuk..jln raya fuhh..sesak sngt dgn kenderaan,pening jgk aq tgk & aq pelik ckit dgn traffic kt cni.. diorg ni sk hon, driver kitorang pn ap krgnya :) bangunan plk smua tinggi2 & hebat,mmg nmpk membangun la..
bnyk tmpt2 menarik yg km lawat antaranya tmpt2 bersejarah spt tianmen square,forbidden city,summer palace. tmpt2 ni kalu nk th sm mcm yg kt tgk dlm tv cite yg ad maharani, maharaja, psl dinasti,smua 2 la..so interesting :) tmpt len yg km pergi termasukla traditional chinese medicine centre,Dr tea house,jade and crystal shop,panda zoo,bird's nest stadium,silk store,burning cream centre n hutong tour(p'kmpungan cina)..bnyk bnd br yg km bljr drp tmpt2 nie..x lp tmpt shopping pn ad gak, puas jgk la b'jln & memikir brg ap yg hndk dibeli sbg buahtangan ^_^
Selain 2 km jg melawat 3 buah masjid ,solat & m'interview imam d sna..melihat keunikan senibinanya & kaligrafi islam..Niujie mosque merupakan masjid yg tertua & terbesar di beijing..
last but not least, aq berjaya mendaki great wall of china,x la smp ke puncak *_^hehe..menurut tourist guide km,vivian..org china menggelarkn org yg berjaya mendaki great wall sbg Hao Han (the real hero)..
sebut psl mknn plk,hmmm..blh thnla tp semestiny x sm mcm m'sia..mknn dia lbh kpd vege & krg pedas :) ms kt sna,rs rindu sngt dgn mskn mak..2 br g 2 mingu,tb2 t'fkr plk kt student2 kt yg study kt overc,camne ek ....?? pepun itulah nmnya pengorbanan demi menuntut ilmu...
hee bnyk plk aq berceloteh kt cni :) ikt kr bnyk lg tp ckp la stkt i2 yg dpt aq kongsikan bersama...sekiranya berpeluang lg, aq ingin berkunjung ke negara lain plk..InsyaAllah...
Monday, 7 June 2010
POKOK MINDA SIHAT
Wednesday, 12 May 2010
Istimewa Buat Yang Bernama Wanita..
Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...
Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...
Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...
Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji...
Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...
Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...
Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...
Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...
Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan
Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...
Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan...
Monday, 26 April 2010
BERILMU DI ATAS, BERAMAL DI BAWAH..
Assalamualaikum...
tgh dok nk clearkn laptopku, yg ntahla bnyk bende sngt dok smpn,setengah2 x th pn ape..hehe,terjumpa la article nie..menarik ^_^ so nk kongsi dgn kwn2.. selamat membaca..
“Sebenarnya makcik, keadaan kulit makcik ni ialah atopic dermatitis”, kata Dr. Rizal kepada Hajah Jenab, salah seorang pesakit yang sedang dirawatnya.
“Apa benda tu, nak?”, tanya Hajah Jenab.
”Eczema”, jawab Dr. Rizal.
”Eczema? Apa tu?”, Hajah Jenab semakin bingung.
”Protin filaggrin dalam badan kita. Dia berinteraksi dengan keratin di kulit dan bila keadaan dah kronik, kulit kita mengalami penebalan dan jadi waterproof. Macam kulit makcik ini”, sambung Dr. Rizal.
Muka Hajah Jenab sudah merah padam. Nafasnya turun naik.
”Eh, makcik ada asthma ya? Eczema dengan asthma memang saling berkait rapat. Mekanisma dan gen kedua-duanya sama. Kenapa makcik tak beritahu saya yang makcik ada masalah pernafasan”, kata Dr. Rizal sambil mengeluarkan stethescope dari kot putihnya.
”Apa le kaitannya sesak nafas dengan gatal kulit ni? Maleh aku nak melayan kamu. Udah, bior aku balik sapu minyak gamat aje”, Hajah Jenap bangkit dan menepis tangan Dr. Rizal yang mahu memeriksa pernafasannya.
”Eh makcik, tunggu dulu!”, Dr. Rizal menjerit.
Dummm…
Pintu bilik dihempas oleh Makcik Jenap. Nafasnya sesak dan tangannya masih tidak jemu-jemu menggaru siku yang kegatalan.
ILMU USTAZ, DOKTOR DAN JURUTERA
Ia bukan hanya dilema Ustaz Rizal. Malah Dr. Rizal juga begitu. Ilmu yang dicedok dengan begitu mendalam melalui sentuhan akademik ”Clinical Medicine” oleh Kumar & Clark, tidak mudah untuk diterjemahkan dalam bentuk penerangan yang boleh difahami oleh Hajah Jenap yang mengadu gatal kulit.
Kurap sahaja isunya.
Tetapi melarat sampai ke Protin Filaggrin, Keratin dan entah apa lagi.
Seorang ustaz, doktor, mahu pun jurutera ada tanggungjawab untuk menterjemahkan ilmunya kepada kegunaan masyarakat, seluas mungkin.
Seorang ustaz bertaraf PhD, jangan tersinggung jika ilmu yang mahu digunakan oleh orang kampung darinya, hanyalah doa penguat ingatan, agar tidak lupa kepada doa-doa yang pernah dihafal.
Seorang doktor bertaraf pakar di bidang radiasi leher, jangan tersinggung jika ada saudara maranya yang hanya bertanyakan soalan ubat demam.
Seorang jurutera elektrik bertaraf Ingenieur (Ir.), jangan tersinggung jika semasa kenduri kendara, ada ahli keluarga yang mahukan khidmat ilmu dan kemahirannya untuk memasang lampu khemah sahaja.
Itulah realiti kehidupan.
Kita perlu belajar sedalam mungkin, setinggi mungkin. Namun, kebijaksaan tetap terletak pada keupayaan kita menterjemahkan sesuatu yang complicated kepada yang ringkas dan boleh difahami.
Kata John C. Maxwell, “genius is about changing something complicated into simple!”
PESANAN: On January 23rd, 2007, Da Great said:
Ya Allah, lemahnya diri hambaMu ini, semakin mencari ilmu dan menimba pengalaman, semakin sedar betapa kerdilnya diri ini,n banyak kelemahan yg masih belum diperbaiki..
Terasa lak bila terbaca artikel ni.. study medic or dentistry tinggi2 pun, study la ovc memana, kalo balik tk pndai adaptasi dgn masyarakat n persekitaran tk guna gak. Last2 jadi cam dr rizal td laks…
So,sumer yg still dlm dunia student lg, rebutlah sumer peluang yg ada… penuhkan ilmu di dada sebanyak mungkin. Ikhlaskan niat kerana Allah
Kita bukannya nk jadi doktor sekadar pada nama dan sijil shj,,, sebaliknya tanamkan niat dr sekarang, mulai hari ini,aku nk jadi doktor muslim yg serbaboleh dlm pelbagai bidang.
Doktor yg dlm masa yg sama,boleh mnjadi imam…arif dlm bidang agama…boleh memberi nasihat n tazkirah… sentiasa menjadi rujukan masyarakat
n paling penting banyak contribute pd masyarakat…
Ingat!! “Sebaik-baik muslim adalah yg byk memberi manfaat kpd org lain”
Saturday, 24 April 2010
UCAPLAH INSYAALAH....
Ketika matahari memancarkan sinaran teriknya.Ainur menyidai pakaian di ampaian setelah memutarkan selama lebih 30 minit di dalam mesin basuh.itulah rutin biasa kebanyakan penghuni asrama yg bergelar seorang pelajar..senang & menjimatkan masa(malas sebenarnya..*_^) Menjelang petang,kira2 sesudah asar dia bersama sahabat2 usrah dah plan nak keluar ke bandar untuk merasai keenakan makanan sebuah restoran yg baru dibuka di sana..kebetulan ainur pula akan bercuti panjang, so kr2 macam perpisahan sementara la. Asalnya plan pulang ke asrama sebelum maghrib,tup2 mereka pulang ketika azan isya' sedang berkumandang.. aaah,Ainur tiba2 mengeluh..dia terlupa untuk mengangkat kain di jemuran sebelum pergi tadi..sampai saja di asrama, dia terus pergi meninjau ke ampaian..rasanya dh kering, mananya tidak bahang kepanasan petang tadi masih terasa tapi lembap2 sikit dek kerana titisan embun malam yang mengenai bajunya.."biarkan je la..esokrasanya tak hujan kot,sekarang kan asyik panas jer"
Ainur berkira2 di dalam hati.. baju 2 pn dibiarkan lah..Alangkah terkejutnya dia setelah tersedar keesokan paginya semua baju2 nya telah basah disirami air hujan..huhu,sedih juga rasa hati..Sempatkah kering sebelum dia pulang ke kampung?? Tika saat itu, dia tersedar & teringat akan firman Allah di dalam surah Al-Kahf ayat 23-24 :
dan janganlah kamu berkata mengenai sesuatu; sesungguhnya aku akan mengerjakannya besok pagi” ayat 23
“kecuali dengan menyebut ‘ Insya Allah’ dan ingatlah pada Tuhan bila kamu telupa dan berdoalah semoga Allah memberi petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari ini” ayat 24
Allah menurunkan wahyu (surah al-Kahf, ayat 23-24).
Allah memberikan ingatan kepada Nabi bahawa status, pengetahuan dan nasibnya bergantung pada Rabb-nya, Pendidiknya, Yang Maha Esa dan Maha Kuasa. "Menurut riwayat,ada beberapa orang Quraisy bertanya kpd Nabi Muhammad saw tentang roh,kisah ashabul kahfi(penghuni gua),dan kisah Zulkarnain lalu baginda menjawab,datanglah besok pagi kpdku agar aku ceritakan kepadamu. Dan baginda tidak mengucapkan Insya Allah(ertinya jika ALLAH mengkehendaki) Tapi rupanya smp besok harinya wahyu terlambat datang utk menceritakan hal tersebut.,Nabi pun tidak dapat menjawabnya.Maka turunlah ayat di atas sbg pelajaran kpd Nabi & sevara tak langsung kpd kita semua umatnya...
BERSAMA2 RENUNGKAN.....
Saturday, 17 April 2010
DENYUT KASIH MEDIK..
Assalamualaikum..
alhamdulilah ana telah berjaya m'khatamkan novel yg diberi nama DENYUT KASIH MEDIK..
br je semalam..puas hati la..gaya penceritaan dan penulisan yg menarik. tahniah bt penulisnya Dr Farhan Hadi..ana sangat kagum dgn beliau.. buku ini membawa kt menyelami bagaimana misi seorang doktor muda dlm memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih,berjayakah?? ana syorkan kpd sahabat2 sekalian utk membaca buku ini, InsyaAllah kt akan lebih memahami & menyedari misi sebenar kt dlm menjalankan amanah sbg seorang doktor.. MAGHI PAKAT BACA DEH ^_^
Thursday, 15 April 2010
BILA HATI BERBICARA...
Saturday, 13 March 2010
Pertempuran minda..
hmmm..pejam celik pejam celik, x sedar pn yg aq sdh semakin hampir ke medan pertempuran ilmu yg bgku amat mencabar( satu jihad)...jika aq berjaya aq akan menapak ke satu lg tahap & smkn hmpr menuju cita2ku...apakah aq sdh b'sedia?? Ya ALLAH,hanya padaMu jua tempat aku mengadu & engkaulah sebaik2 penolong..Aku mohon dipermudahkan perjalanan ku serta rakan2 seperjuangan ku, diberikan ilham, diterangkan hati,dilapangkan fikiran dan diberikan ketenangan.... ku sdr,sebanyak mn pn usaha yg aq lakukan,kejayaan x akan m'jadi milikku tanpa izinMu...aq cb melakukan yg terbaik..mg aq dpt memberi perkhabaran gembira kpd mak & abah yg sentiasa menitipkan kt2 semangat & mendoakan kejayaanku...sungguh aq menyanyangi mereka & x ingin mengecewakan mereka..
"untuk mendapatkan sesuatu yg baik, perlulah bersusah payah di awalnya." tiada kejayaan dpt dimiliki dgn mudah..so,don't giveup but keep it up!!
Sunday, 7 March 2010
KEAJAIBAN LAUTAN YANG DI BONGKAR OLEH JACQUES-YVES COUSTEAU
"And He (Allah) made a separating bar between the two bodies of flowing waters." - (Sura 27 An-Naml : Verse 61)
"He (Allah) let free the two bodies of flowing water, meeting together : between them is a barrier which they do not transgress." - (Sura 55 Al-Rahman : Verse 19:20)
Hearing this, Mr Cousteau said that surely the Qur'an is a divine Book and embraced Islam. (This was reported in Al-Furqan-Ta-Ha Publishers, London).
Tuesday, 2 March 2010
SALAM MAULUD..
Friday, 12 February 2010
MAU PULANG SUDAH..
waahhh, akhirnya hari tg ditunggu2 tb jg..x sabow nye nk blk umah.. nk jmp mak abah,adik2 n family...dkt 2 bln lbh dh nie aq menahan rs rindu..huhumenjalankan tanggungjawab sbg seorg pelajar muslim di bumi yg bergelar serambi makkah ini.. skrg ni rs mcm nk berlari plg ke rmhhaha..ngarut jer.. sblm plg aq nk berkongsi suatu cerita ttg si tua dgn sepatunya. cite ni pendek je tp sarat dgn pengajaran
Pada suatu hari saya menaiki bas utk pulang kekampung. Saya masuk kedalam bas lebih awal sebelum bas bergerak dari stesen untuk mengelak kesesakan. Agak lama menunggu...akhirnya tibalah waktu bas bertolak. Driver bas sudah sedia berlepas dan apabila bas mulai bergerak tiba-tiba saya lihat ada seorang tua yg bergegas untuk menaiki bas yang sama. Orang tua tersebut berlari dan berjaya melepasi pintu yg hampir tertutup itu. Tetapi dalam kelam kabut itu, sepatu sebelah kaki kirinya tersangkut dan terjatuh sejurus sebelum pintu tertutup. Saya memerhatikan orang tua itu dari jauh, orang tua itu kelihatan tenang saja. Apabila bas mulai bergerak orang tua itu dengan tenang mencampakkan sepatunya yang sebelah kanan melalui jendela dan beliau duduk disebelah saya dengan tenang sambil tersenyum. Sayapun menyapa orang tua itu ” Saya memerhatikan apa yg Pak Cik lakukan tadi, Mengapa Pak Cik melepaskan sepatu yang sebelah lagi?”. Dengan tenang Pak Cik tu menjawab ” Supaya sesiapa saja menemui sepatu aku itu dapat memanfaatkannya”.
Inilah istimewa jiwa yang tenang, berpandangan jauh dan dipenuhi kerahmatan dan kekayaan. Pengalaman adalah guru terbaik dan jujur...
sbg manusia kt sering menyesal dgn sesuatu yg kt x pasti baik buruknya..selalu gn kalau la aq.......( buat@ x buat sesuatu p'kr)mst x jd mcm ni.. sk sngt gn "kalau,kalau,kalau.." knp perlu kt mengingati perkara yg tlh berlalu( kalu nk amik iktibar x pe la)kt x th pun ap hikmah nye bcoz our knowledge is limited
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah ayat 216)
percayalah sekiranya hati ini menerima setiap sesuatu yg berlaku dgn redza, pasti jiwa akan tenang dan kt xkn menyalahkan nasib yg menimpa..
Semua yang berlaku ada sebabnya. Sedarilah bahawa tiada apa pun akan berlaku secara kebetulan atau kerana nasib. Kesakitan, suka-duka, detik-detik kehilangan yang sebenar dan kebodohan, semuanya berlaku untuk menguji batas jiwa kita.
Tanpa ujian-ujian kecil sebegini, hidup ini mungkin akan menjadi seperti suatu perjalanan yang tiada rintangan, jalan yang lurus, leper yang tidak ke mana-mana, selamat dan selesa, tetapi membosankan dan benar-benar tidak berguna serta tidak memberi sebarang makna..
Seseorang yang kita jumpa akan memberi kesan kepada hidup kita. Kejayaan dan kegagalan yang kita alami akan menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya, dan pengalaman-pengalaman buruk boleh kita pelajari daripadanya. Dan yang sebenarnya mereka mungkin adalah seseorang yang penting kepada kita. Jika seseorang menyakiti, mengkhianati atau melukakan hati kita, maafkanlah mereka kerana mereka telah membantu mengajar kita mengenai amanah yg perlu kt jaga..
Berbicaralah dengan orang yang kita tidak pernah berbicara sebelum ini, dan belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia.Biarkan diri kita sentiasa penuh dengan perasaan kasih dan sayang, kebebasan dan berpandangan jauh. Teruskan fokus kita kerana semuanya itu berada diatas landasan yang sebenarnya.
Janganlah sampai ada di antara kita yang buruk sangka terhadap Allah yakni Pencipta kita.Cuba dalam saat kegetiran itu kita mengambil ruang dan memuhasabah kembali diri kita,kenapa kita yang dipilih Allah untuk menerima dugaan ini?Cuba kita selami hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku kepada kita.Pasti ada hikmah yang indah di sebalik perkara yang berlaku kepada kita.Al-Quran sendiri telah menerangkan kepada kita hikmah-hikmahnya,cuma kita sahaja yang tidak tergerak untuk mencari,menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita.
Akhir kalam,
>Marilah sama-sama kita mencari dan menyelongkar hikmah-hikmah yang terdapat di sebalik segala kesakitan dan kesusahan yang kita alami.
>Marilah kita bermuhasabah dan memperbaiki kembali diri kita ini yang sering kali bersangka buruk dan mempersoalkan sesuatu yang bukan urusan kita tetapi urusan Allah.
>Belajarlah utk mengawal perasaan marah,sedih, suka duka, stress agar tidak berlebih-lebihan
>Janganlah sesekali kita bersangka buruk dengan Allah kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kita.
Wallahualam....
p/s: bt sahabat2 seperjuanganku sekalian..Selamat meneruskan perjuangan utk menghadapi PRO 2 nanti.. semoga ALLAH permudahkan...doakan kejayaan kt besama..AMEEN AJA2 FIGHTING!!
ADA APA DENGAN 14 FEBRUARY??
assalamualaikum....
sdh agak lama rsnya matapena ini x menulis ( kak liz, bl nk update blog? my sis said @_@).. agak cbuk nk m'hdp exam selanjar 3 yg br shj berlalu & pro 2 yg bkl meuyusul...huhu..teruskn perjuangan !!
kali ni insyaAllah nk b'kongsi sesuatu psl 14 FEBRUARY 2010... Ad ap ye dgn tarikh ni?? rsnya rame dh yg th kot, btl x?? time ni org cbuk la dok wish kt couple msg2...x krg jg dgn org yg mewarwarkn dedication (@jualan bunga) utk si dia...
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?
JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.
Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)
Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-
Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.
When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.
One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.
The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.
(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from http://www.islam-qa.com/)
Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-
1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik.
Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.
2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar
4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya..
5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.
"Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?
Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.
6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah
dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.
wassalam...
Thursday, 7 January 2010
AYUH BANGKITLAH!!
alhamdulilah...
malam ni aq tlh diberi keizinan oleh Allah untuk m'hadiri satu majlis ilmu yg sungguh bem'beri kesan & kesedaran kpd diri (superb ^_^) my determination is at higher level right now... :) tajuk dia: "Gen Y Permata Yang Hilang". ml2 dgr tajuk dia t'fkr gak ap dia gen y tue?? chromosome y ke? hehe,bkn rpnyer. gen y stand for 'generation youth ' refer to generasi pemuda(syabab)..org yg msk dlm category ni adlh yg lahir dr tahun 1982-2000. persoalan yg dikupaskn dlm talk show ni adalah b'kait rapat dengan golongan ini(remaja)..spt yg kt dpt dgr & bc di media massa2 skrg bnyk sngt mslh2 yg timbul berkait rapat dgn remaja kini..aq sndr rs takut dgn situasi ni, mana perginya pemuda pemudi harapan bangsa yg bakal memartabatkan kembali ISLAM di mata dunia..sedih sngt bl fkr..mrk seolah2 tiada pegangan agama,melakukan kemungkaran tanpa ad rs malu dan berdosa malah dgn bangganya melakukan scr terang2an. dh x de lg amar ma'ruf nahi mungkar..siapakah yg harus dipersalahkan?? bknkah islam tlh memberi garis panduan sepenuhnya kpd kt umat islam dlm mentadbir alam ini sbg seorg khalifah... ap yg aq dpt huraikan di cni kt dr gen y hidup dlm kesenangan jk nk dibandingkan dgn gen x( mak ayah kt)yg hidup dlm kesusahan. lahir2 je dh tersedia smua kemudahan..cb cr pd zmn skrg bdk mn yg x knl internet,,kalu ad pon blh kr dgn jari.mgkn sbb ini kt berada di zon selesa(dh merasai syurga dunia yg pd hakikatnya x kekal) & oleh sbb itu kt dh x sdr, yg mungkar dh jadi ma'ruf..blh kt smua org mencemburui masa muda(remaja)..adek2 yg kecil x sbr2 nk jd besar, & yg tua plk rs mcm nk kembali ke zaman muda..tp kt ni yg diberi nikmat ms muda x m'hargai ms muda yg ada( muda hny sekali..itulah ungkapan yg biasa kt dgr,so ap lg kt enjoy..!!)mcm 2 ka?TIDAK!! TAHUKAH KT BILA AJAL AKAN DTG MENJEMPUT..apakah sdh cukup amalan kt untuk dibw kesna nnt..ajal tidak mengira usia,bl2 ms ja ia blh ditarik tnp kt sedari,apakah kt sdh sedia m'hadapinya?tepuk dada,tnylah hati(jawb sndr)..fikir2knlah
ms remaja adlah masa untuk kt membentuk diri ini utk menjadi seseorg yg berperibadi unggul dr segenap aspek x krlah dr segi akademik mhpn sahsiah. jika kt dpt melepasi zaman muda dgn sebaiknya,INSYAALLAH..seorg muslim sejati bakal dilahirkan..tp dicnilah cabarannya..ia bkn sesuatu yg mdah..ya bkn sesuatu yg mudah tp x mustahil..
ap yg aq dpt simpulkan dicni,ustaz Hazrizal mengatakan sbg seorg remaja kt perlulah mempunyai determination(keazaman)yg tinggi utk menjadi yg terhebat..jgn mudah putus asa apabila berdepan dgn kesusahan..krn kesusahan itulah sebenarnya yg bakal menjadikan kt seorg yg hebat..org yg berjaya ialah org yg memaksa diri membuat perubahan..bkn hny setakat berpuas hati dgn ap yg ad( perlu mencontohi pemuda2 islam dahulu).. perlu ad positive monolog( spt I CAN DO IT) jangan banyak memberikan alasan tetapi sebaiknya cuba mencari jalan penyelesaian....jgn anggap diri ini sibuk sokmo(manfaatkan 24 jam sehari dgn sebaiknya)
itulah sedikit sebanyak yg dapat aku kongsikan bersama sahabat2 yg disayangi.. aq ingin menyeru diri ini dan teman2 yg disayangi marilah kt cb sebaik mgkn melakukan perubahan ke arah menjadi insan yg terhebat..setiap kt mempunyai kelebihan msg2.MARILAH SAMA2 MEMARTABATKAN ISLAM DI MATA DUNIA...insyaALLAH..di akhir kalam berdoalah dgn sepenuh hati memohon dgn penuh harap kpd ALLAH mg doa kt dimakbulkn..amin3..
Wednesday, 6 January 2010
kata hati..
alhamdulillah..malam ini aq m'dpt kembali kekuatan..
entahlah sjk 2 demenjak ni aq rs spt kosong cam ad je yg x kn, hny alquran dpt mengisi ruang hati ini,,homesick?? yup..hati ini mmg rindu sngt dgn mak ngan abah. "kak tgh bt ap tue? kak br je blk bilik mak..ni mesti teringat kt mak ni..hehe, mak ni mcm tau2 ja" xpe2 raye cina ni aq blk..sabarlah hati,jihad!! adkah ini symptom stress??hmmm..bl fkr2 ye kot,takut jg ni bl fkr nk exam ni,just around da corner..@mayb jg sbb aq x bp chat so cos emotional disturbance..ari ni br rs nk g jmp dr stlh 3 mingu batuk ni x bek2(aft kn leter dgn mak,ap ni dr pon x jg kesihatan mcm mn nk nasehat org sakit nnt:)..ingtkn biase2 je sbb demam ari2,,bknny ap malas..amik ko dr bg antibiotic bnyk betol,mau 10 ari br abeh ni..huhu..ni pon aq dh rs ngantuk,br lps telan ubat selsema ngn ubt batuk.
aq th ini adalah satu ujian dr Allah
HIDUP ni x sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati, masa depan @ cabaran dlm menjalani kehidupan seharian..
Apa juga keadaan, kt perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.
Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, kt boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).
Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.
Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya
Allah berfirman “Barangsiapa yang berserah diri (tawakal) kepada Allah, nescaya Dia akan memenuhi keperluannya.” (Surah At-Thalaq : 3) Sebagai manusia yang inginkan kejayaan dan kesejahteraan hidup, haruslah berusaha dan bekerja dengan tekun. Lantaran kesempurnaan hidup (di dunia dan di akhirat) tidak akan tercapai apabila ada sikap malas. Islam sama sekali tidak menghendaki umat-Nya menganggur dan berpeluk tubuh, hanya berserah buta kepada Allah SWT.
Tawakal mesti didahului dengan ikhtiar.
Jangan mengharapkan cinta Allah, kalau masih sukar taat
Jangan mengharapkan redha Allah, kalau masih derhaka.
YA Allah...moga diri ini diberi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan..sungguh diri ini lemah tanpa bimbingan dan pimpinan drpMu. hanya padaMu lah tempatku mengadu dan meminta pertolongan...