alhamdulillah..malam ini aq m'dpt kembali kekuatan..
entahlah sjk 2 demenjak ni aq rs spt kosong cam ad je yg x kn, hny alquran dpt mengisi ruang hati ini,,homesick?? yup..hati ini mmg rindu sngt dgn mak ngan abah. "kak tgh bt ap tue? kak br je blk bilik mak..ni mesti teringat kt mak ni..hehe, mak ni mcm tau2 ja" xpe2 raye cina ni aq blk..sabarlah hati,jihad!! adkah ini symptom stress??hmmm..bl fkr2 ye kot,takut jg ni bl fkr nk exam ni,just around da corner..@mayb jg sbb aq x bp chat so cos emotional disturbance..ari ni br rs nk g jmp dr stlh 3 mingu batuk ni x bek2(aft kn leter dgn mak,ap ni dr pon x jg kesihatan mcm mn nk nasehat org sakit nnt:)..ingtkn biase2 je sbb demam ari2,,bknny ap malas..amik ko dr bg antibiotic bnyk betol,mau 10 ari br abeh ni..huhu..ni pon aq dh rs ngantuk,br lps telan ubat selsema ngn ubt batuk.
aq th ini adalah satu ujian dr Allah
HIDUP ni x sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati, masa depan @ cabaran dlm menjalani kehidupan seharian..
Apa juga keadaan, kt perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.
Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, kt boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).
Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.
Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya
Allah berfirman “Barangsiapa yang berserah diri (tawakal) kepada Allah, nescaya Dia akan memenuhi keperluannya.” (Surah At-Thalaq : 3) Sebagai manusia yang inginkan kejayaan dan kesejahteraan hidup, haruslah berusaha dan bekerja dengan tekun. Lantaran kesempurnaan hidup (di dunia dan di akhirat) tidak akan tercapai apabila ada sikap malas. Islam sama sekali tidak menghendaki umat-Nya menganggur dan berpeluk tubuh, hanya berserah buta kepada Allah SWT.
Tawakal mesti didahului dengan ikhtiar.
Jangan mengharapkan cinta Allah, kalau masih sukar taat
Jangan mengharapkan redha Allah, kalau masih derhaka.
YA Allah...moga diri ini diberi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan..sungguh diri ini lemah tanpa bimbingan dan pimpinan drpMu. hanya padaMu lah tempatku mengadu dan meminta pertolongan...
Wednesday, 6 January 2010
kata hati..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment