Friday, 12 February 2010

MAU PULANG SUDAH..

waahhh, akhirnya hari tg ditunggu2 tb jg..x sabow nye nk blk umah.. nk jmp mak abah,adik2 n family...dkt 2 bln lbh dh nie aq menahan rs rindu..huhuMySpacemenjalankan tanggungjawab sbg seorg pelajar muslim di bumi yg bergelar serambi makkah ini.. skrg ni rs mcm nk berlari plg ke rmhMySpacehaha..ngarut jer.. sblm plg aq nk berkongsi suatu cerita ttg si tua dgn sepatunya. cite ni pendek je tp sarat dgn pengajaran

Pada suatu hari saya menaiki bas utk pulang kekampung. Saya masuk kedalam bas lebih awal sebelum bas bergerak dari stesen untuk mengelak kesesakan. Agak lama menunggu...akhirnya tibalah waktu bas bertolak. Driver bas sudah sedia berlepas dan apabila bas mulai bergerak tiba-tiba saya lihat ada seorang tua yg bergegas untuk menaiki bas yang sama. Orang tua tersebut berlari dan berjaya melepasi pintu yg hampir tertutup itu. Tetapi dalam kelam kabut itu, sepatu sebelah kaki kirinya tersangkut dan terjatuh sejurus sebelum pintu tertutup. Saya memerhatikan orang tua itu dari jauh, orang tua itu kelihatan tenang saja. Apabila bas mulai bergerak orang tua itu dengan tenang mencampakkan sepatunya yang sebelah kanan melalui jendela dan beliau duduk disebelah saya dengan tenang sambil tersenyum. Sayapun menyapa orang tua itu ” Saya memerhatikan apa yg Pak Cik lakukan tadi, Mengapa Pak Cik melepaskan sepatu yang sebelah lagi?”. Dengan tenang Pak Cik tu menjawab ” Supaya sesiapa saja menemui sepatu aku itu dapat memanfaatkannya”.


Inilah istimewa jiwa yang tenang, berpandangan jauh dan dipenuhi kerahmatan dan kekayaan. Pengalaman adalah guru terbaik dan jujur...

sbg manusia kt sering menyesal dgn sesuatu yg kt x pasti baik buruknya..selalu gn kalau la aq.......( buat@ x buat sesuatu p'kr)mst x jd mcm ni.. sk sngt gn "kalau,kalau,kalau.." knp perlu  kt mengingati perkara yg tlh berlalu( kalu nk  amik iktibar x pe la)kt x th pun ap hikmah nye bcoz our knowledge is limited

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah ayat 216)



percayalah sekiranya hati ini menerima setiap sesuatu yg berlaku dgn redza, pasti jiwa akan tenang dan kt xkn menyalahkan nasib yg menimpa..

Semua yang berlaku ada sebabnya. Sedarilah bahawa tiada apa pun akan berlaku secara kebetulan atau kerana nasib. Kesakitan, suka-duka, detik-detik kehilangan yang sebenar dan kebodohan, semuanya berlaku untuk menguji batas jiwa kita.




Tanpa ujian-ujian kecil sebegini, hidup ini mungkin akan menjadi seperti suatu perjalanan yang tiada rintangan, jalan yang lurus, leper yang tidak ke mana-mana, selamat dan selesa, tetapi membosankan dan benar-benar tidak berguna serta tidak memberi sebarang makna..



Seseorang yang kita jumpa akan memberi kesan kepada hidup kita. Kejayaan dan kegagalan yang kita alami akan menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya, dan pengalaman-pengalaman buruk boleh kita pelajari daripadanya. Dan yang sebenarnya mereka mungkin adalah seseorang yang penting kepada kita. Jika seseorang menyakiti, mengkhianati atau melukakan hati kita, maafkanlah mereka kerana mereka telah membantu mengajar kita mengenai amanah yg perlu kt jaga..


Berbicaralah dengan orang yang kita tidak pernah berbicara sebelum ini, dan belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia.Biarkan diri kita sentiasa penuh dengan perasaan kasih dan sayang, kebebasan dan berpandangan jauh. Teruskan fokus kita kerana semuanya itu berada diatas landasan yang sebenarnya.

Janganlah sampai ada di antara kita yang buruk sangka terhadap Allah yakni Pencipta kita.Cuba dalam saat kegetiran itu kita mengambil ruang dan memuhasabah kembali diri kita,kenapa kita yang dipilih Allah untuk menerima dugaan ini?Cuba kita selami hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku kepada kita.Pasti ada hikmah yang indah di sebalik perkara yang berlaku kepada kita.Al-Quran sendiri telah menerangkan kepada kita hikmah-hikmahnya,cuma kita sahaja yang tidak tergerak untuk mencari,menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita.




Akhir kalam,

>Marilah sama-sama kita mencari dan menyelongkar hikmah-hikmah yang terdapat di sebalik segala kesakitan dan kesusahan yang kita alami.

>Marilah kita bermuhasabah dan memperbaiki kembali diri kita ini yang sering kali bersangka buruk dan mempersoalkan sesuatu yang bukan urusan kita tetapi urusan Allah.
>Belajarlah utk mengawal perasaan marah,sedih, suka duka, stress agar tidak berlebih-lebihan
>Janganlah sesekali kita bersangka buruk dengan Allah kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kita.


Wallahualam....

p/s: bt sahabat2 seperjuanganku sekalian..Selamat meneruskan perjuangan utk menghadapi PRO 2 nanti.. semoga ALLAH permudahkan...doakan kejayaan kt besamaMySpace..AMEEN AJA2 FIGHTING!!

1 comments:

idablur said...

SALAM,kak liza. tq 4 da sharing..
Miss u all..
aja2x (",)- ida