Friday, 12 February 2010

MAU PULANG SUDAH..

waahhh, akhirnya hari tg ditunggu2 tb jg..x sabow nye nk blk umah.. nk jmp mak abah,adik2 n family...dkt 2 bln lbh dh nie aq menahan rs rindu..huhuMySpacemenjalankan tanggungjawab sbg seorg pelajar muslim di bumi yg bergelar serambi makkah ini.. skrg ni rs mcm nk berlari plg ke rmhMySpacehaha..ngarut jer.. sblm plg aq nk berkongsi suatu cerita ttg si tua dgn sepatunya. cite ni pendek je tp sarat dgn pengajaran

Pada suatu hari saya menaiki bas utk pulang kekampung. Saya masuk kedalam bas lebih awal sebelum bas bergerak dari stesen untuk mengelak kesesakan. Agak lama menunggu...akhirnya tibalah waktu bas bertolak. Driver bas sudah sedia berlepas dan apabila bas mulai bergerak tiba-tiba saya lihat ada seorang tua yg bergegas untuk menaiki bas yang sama. Orang tua tersebut berlari dan berjaya melepasi pintu yg hampir tertutup itu. Tetapi dalam kelam kabut itu, sepatu sebelah kaki kirinya tersangkut dan terjatuh sejurus sebelum pintu tertutup. Saya memerhatikan orang tua itu dari jauh, orang tua itu kelihatan tenang saja. Apabila bas mulai bergerak orang tua itu dengan tenang mencampakkan sepatunya yang sebelah kanan melalui jendela dan beliau duduk disebelah saya dengan tenang sambil tersenyum. Sayapun menyapa orang tua itu ” Saya memerhatikan apa yg Pak Cik lakukan tadi, Mengapa Pak Cik melepaskan sepatu yang sebelah lagi?”. Dengan tenang Pak Cik tu menjawab ” Supaya sesiapa saja menemui sepatu aku itu dapat memanfaatkannya”.


Inilah istimewa jiwa yang tenang, berpandangan jauh dan dipenuhi kerahmatan dan kekayaan. Pengalaman adalah guru terbaik dan jujur...

sbg manusia kt sering menyesal dgn sesuatu yg kt x pasti baik buruknya..selalu gn kalau la aq.......( buat@ x buat sesuatu p'kr)mst x jd mcm ni.. sk sngt gn "kalau,kalau,kalau.." knp perlu  kt mengingati perkara yg tlh berlalu( kalu nk  amik iktibar x pe la)kt x th pun ap hikmah nye bcoz our knowledge is limited

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah ayat 216)



percayalah sekiranya hati ini menerima setiap sesuatu yg berlaku dgn redza, pasti jiwa akan tenang dan kt xkn menyalahkan nasib yg menimpa..

Semua yang berlaku ada sebabnya. Sedarilah bahawa tiada apa pun akan berlaku secara kebetulan atau kerana nasib. Kesakitan, suka-duka, detik-detik kehilangan yang sebenar dan kebodohan, semuanya berlaku untuk menguji batas jiwa kita.




Tanpa ujian-ujian kecil sebegini, hidup ini mungkin akan menjadi seperti suatu perjalanan yang tiada rintangan, jalan yang lurus, leper yang tidak ke mana-mana, selamat dan selesa, tetapi membosankan dan benar-benar tidak berguna serta tidak memberi sebarang makna..



Seseorang yang kita jumpa akan memberi kesan kepada hidup kita. Kejayaan dan kegagalan yang kita alami akan menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya, dan pengalaman-pengalaman buruk boleh kita pelajari daripadanya. Dan yang sebenarnya mereka mungkin adalah seseorang yang penting kepada kita. Jika seseorang menyakiti, mengkhianati atau melukakan hati kita, maafkanlah mereka kerana mereka telah membantu mengajar kita mengenai amanah yg perlu kt jaga..


Berbicaralah dengan orang yang kita tidak pernah berbicara sebelum ini, dan belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia.Biarkan diri kita sentiasa penuh dengan perasaan kasih dan sayang, kebebasan dan berpandangan jauh. Teruskan fokus kita kerana semuanya itu berada diatas landasan yang sebenarnya.

Janganlah sampai ada di antara kita yang buruk sangka terhadap Allah yakni Pencipta kita.Cuba dalam saat kegetiran itu kita mengambil ruang dan memuhasabah kembali diri kita,kenapa kita yang dipilih Allah untuk menerima dugaan ini?Cuba kita selami hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku kepada kita.Pasti ada hikmah yang indah di sebalik perkara yang berlaku kepada kita.Al-Quran sendiri telah menerangkan kepada kita hikmah-hikmahnya,cuma kita sahaja yang tidak tergerak untuk mencari,menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita.




Akhir kalam,

>Marilah sama-sama kita mencari dan menyelongkar hikmah-hikmah yang terdapat di sebalik segala kesakitan dan kesusahan yang kita alami.

>Marilah kita bermuhasabah dan memperbaiki kembali diri kita ini yang sering kali bersangka buruk dan mempersoalkan sesuatu yang bukan urusan kita tetapi urusan Allah.
>Belajarlah utk mengawal perasaan marah,sedih, suka duka, stress agar tidak berlebih-lebihan
>Janganlah sesekali kita bersangka buruk dengan Allah kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kita.


Wallahualam....

p/s: bt sahabat2 seperjuanganku sekalian..Selamat meneruskan perjuangan utk menghadapi PRO 2 nanti.. semoga ALLAH permudahkan...doakan kejayaan kt besamaMySpace..AMEEN AJA2 FIGHTING!!

ADA APA DENGAN 14 FEBRUARY??

assalamualaikum....
sdh agak lama rsnya matapena ini x menulis ( kak liz, bl nk update blog? my sis said @_@).. agak cbuk nk m'hdp exam selanjar 3 yg br shj berlalu & pro 2 yg bkl meuyusul...huhu..teruskn perjuangan !!

kali ni insyaAllah nk b'kongsi sesuatu psl 14 FEBRUARY 2010... Ad ap ye dgn tarikh ni?? rsnya rame dh yg th kot, btl x?? time ni org cbuk la dok wish kt couple msg2...x krg jg dgn org yg mewarwarkn dedication (@jualan bunga) utk si dia...


article ni sy amik dr http://www.zaharuddin.net/.. harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama..

Soalan

Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?


JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.


Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)


Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-

Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.
When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.
One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.
(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from http://www.islam-qa.com/)


Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-
1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik.

Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar
4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya..
5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.
"Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?
Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.
6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah
dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.



7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.

wassalam...










Thursday, 7 January 2010

AYUH BANGKITLAH!!

alhamdulilah...
malam ni aq tlh diberi keizinan oleh Allah untuk m'hadiri satu majlis ilmu yg sungguh bem'beri kesan & kesedaran kpd diri (superb ^_^) my determination is at higher level right now... :) tajuk dia: "Gen Y Permata Yang Hilang". ml2 dgr tajuk dia t'fkr gak ap dia gen y tue?? chromosome y ke? hehe,bkn rpnyer. gen y stand for 'generation youth ' refer to generasi pemuda(syabab)..org yg msk dlm category ni adlh yg lahir dr tahun 1982-2000. persoalan yg dikupaskn dlm talk show ni adalah b'kait rapat dengan golongan ini(remaja)..spt yg kt dpt dgr & bc di media massa2 skrg bnyk sngt mslh2 yg timbul berkait rapat dgn remaja kini..aq sndr rs takut dgn situasi ni, mana perginya pemuda pemudi harapan bangsa yg bakal memartabatkan kembali ISLAM di mata dunia..sedih sngt bl fkr..mrk seolah2 tiada pegangan agama,melakukan kemungkaran tanpa ad rs malu dan berdosa malah dgn bangganya melakukan scr terang2an. dh x de lg amar ma'ruf nahi mungkar..siapakah yg harus dipersalahkan?? bknkah islam tlh memberi garis panduan sepenuhnya kpd kt umat islam dlm mentadbir alam ini sbg seorg khalifah...  ap yg aq dpt huraikan di cni kt dr gen y hidup dlm kesenangan jk nk dibandingkan dgn gen x( mak ayah kt)yg hidup dlm kesusahan. lahir2 je dh tersedia smua kemudahan..cb cr pd zmn skrg bdk mn yg x knl internet,,kalu ad pon blh kr dgn jari.mgkn sbb ini kt berada di zon selesa(dh merasai syurga dunia yg pd hakikatnya x kekal) & oleh sbb itu kt dh x sdr, yg mungkar dh jadi ma'ruf..blh kt smua org mencemburui masa muda(remaja)..adek2 yg kecil x sbr2 nk jd besar, & yg tua plk rs mcm nk kembali ke zaman muda..tp kt ni yg diberi nikmat ms muda x m'hargai ms muda yg ada( muda hny sekali..itulah ungkapan yg biasa kt dgr,so ap lg kt enjoy..!!)mcm 2 ka?TIDAK!! TAHUKAH KT BILA AJAL AKAN DTG MENJEMPUT..apakah sdh cukup amalan kt untuk dibw kesna nnt..ajal tidak mengira usia,bl2 ms ja ia blh ditarik tnp kt sedari,apakah kt sdh sedia m'hadapinya?tepuk dada,tnylah hati(jawb sndr)..fikir2knlah
ms remaja adlah masa untuk kt membentuk diri ini utk menjadi seseorg yg berperibadi unggul dr segenap aspek x krlah dr segi akademik mhpn sahsiah. jika kt dpt melepasi zaman muda dgn sebaiknya,INSYAALLAH..seorg muslim sejati bakal dilahirkan..tp dicnilah cabarannya..ia bkn sesuatu yg mdah..ya bkn sesuatu yg mudah tp x mustahil..

ap yg aq dpt simpulkan dicni,ustaz Hazrizal mengatakan sbg seorg remaja kt perlulah mempunyai determination(keazaman)yg tinggi utk menjadi yg terhebat..jgn mudah putus asa apabila berdepan dgn kesusahan..krn kesusahan itulah sebenarnya yg bakal menjadikan kt seorg yg hebat..org yg berjaya ialah org yg memaksa diri membuat perubahan..bkn hny setakat berpuas hati dgn ap yg ad( perlu mencontohi pemuda2 islam dahulu).. perlu ad positive monolog( spt I CAN DO IT) jangan banyak memberikan alasan tetapi sebaiknya cuba mencari jalan penyelesaian....jgn anggap diri ini sibuk sokmo(manfaatkan 24 jam sehari dgn sebaiknya)

itulah sedikit sebanyak yg dapat aku kongsikan bersama sahabat2 yg disayangi.. aq ingin menyeru diri ini dan teman2 yg disayangi marilah kt cb sebaik mgkn melakukan perubahan ke arah menjadi insan yg terhebat..setiap kt mempunyai kelebihan msg2.MARILAH SAMA2 MEMARTABATKAN ISLAM DI MATA DUNIA...insyaALLAH..di akhir kalam berdoalah dgn sepenuh hati memohon dgn penuh harap kpd ALLAH mg doa kt dimakbulkn..amin3..

Wednesday, 6 January 2010

kata hati..

alhamdulillah..malam ini aq m'dpt kembali kekuatan..
entahlah sjk 2 demenjak ni aq rs spt kosong cam ad je yg x kn, hny alquran dpt mengisi ruang hati ini,,homesick??MySpace yup..hati ini mmg rindu sngt dgn mak ngan abah. "kak tgh bt ap tue? kak br je blk bilik mak..ni mesti teringat kt mak ni..hehe, mak ni mcm tau2 ja" xpe2 raye cina ni aq blk..sabarlah hati,jihad!! adkah ini symptom stress??MySpacehmmm..bl fkr2 ye kot,takut jg ni bl fkr nk exam  ni,MySpacejust around da corner..@mayb jg sbb aq x bp chat MySpaceso cos emotional disturbance..ari ni br rs nk g jmp dr stlh 3 mingu batuk ni x bek2(aft kn leter dgn mak,ap ni dr pon x jg kesihatan mcm mn nk nasehat org sakit nnt:)..ingtkn biase2 je sbb demam ari2,,bknny ap malas..amik ko dr bg antibiotic bnyk betol,mau 10 ari br abeh ni..huhu..ni pon aq dh rs ngantuk,br lps telan ubat selsema ngn ubt batuk.

aq th ini adalah satu ujian dr Allah
HIDUP ni x sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati, masa depan  @ cabaran dlm menjalani kehidupan seharian..
Apa juga keadaan, kt perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.
Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, kt boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).
Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.
Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya

Allah berfirman “Barangsiapa yang berserah diri (tawakal) kepada Allah, nescaya Dia akan memenuhi keperluannya.” (Surah At-Thalaq : 3) Sebagai manusia yang inginkan kejayaan dan kesejahteraan hidup, haruslah berusaha dan bekerja dengan tekun. Lantaran kesempurnaan hidup (di dunia dan di akhirat) tidak akan tercapai apabila ada sikap malas. Islam sama sekali tidak menghendaki umat-Nya menganggur dan berpeluk tubuh, hanya berserah buta kepada Allah SWT.
Tawakal mesti didahului dengan ikhtiar.
Jangan mengharapkan cinta Allah, kalau masih sukar taat
Jangan mengharapkan redha Allah, kalau masih derhaka.


YA Allah...moga diri ini diberi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan..sungguh diri ini lemah tanpa bimbingan dan pimpinan drpMu. hanya padaMu lah tempatku mengadu dan  meminta pertolongan...

Saturday, 26 December 2009

MEMANFAATKAN KELEBIHAN BULAN MUHARRAM


Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tahun baru 1431 Hijriyah tahun ini mudah diingati kerana ketibaannya hampir serentak dengan tahun baru 2010 Masihi. Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.

Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;

1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan

Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

2. Berpuasa Sunat

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.

3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram

Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak
( tidak diterima”).

Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;

1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).
2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.
( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)

Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.

Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.

4. Memasak Bubur ‘Asyura

Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nami Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.

5. Doa Awal Tahun

Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)
Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.

Konklusinya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak. Fikir-fikirkanlah…

Sumber: http://ceria.my/proquransunnah
Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris

Wednesday, 23 December 2009

Janji Seorang Anak..

bismillahirrahmanirrhim.....
alhmdulilah aq msh diberi nafas utk hidup..
aq pasti..setiap drp kt(sbg seorg anak) mesti mempunyai keinginan utk membahagiakan kedua ibu bapa kt dan membalas jasa mereka apabila kt berjaya kelak,insyaALLAH
tp apakah kt pasti bhw sekarang dan akan datang ....kt x akan berubah..???
teringat aq dgn cerita yg aq tgk smlm..janji seorang anak
pernah ditayangkan di TV3 suatu ms dl, dilakonkan oleh zizan dan fauziah nawi(other actors,don't know their name..sowi)..sangat menyentuh persaan dan membuka hati serta m'aktifkan fikiranku utk berfikir sejenak..
apakah persaan aq pd mak dan abah kini akan tetap sama smp bila2?
hati manusia sentiasa b'bolak balik..mgkn skrg kt dgn yakinnya ckp aq x kn jd mcm 2(anak derhaka)hope so..but in da future??nobody know..
namun aq berdoa pdMU ya Rabb mg ditetapkan hati ini agar sentiasa m'jd anak yg solehah..
dlm cita tu si anak ni(lakonan zizan) pd mulanya mmg m'pnyai keinginan utk merubah nasib keluarganya(ayah dia cacat slps t'lbt dgn kemalangan)..bagi dia hny pelajaran yg dpt mengubah nasibnya( bagus niat tue..)dia seorg anak yg patuh pd parents dia dan selalu menabur janji2 manis pd keluarganya(smp jd anak emas maknye,,p/s:pengajaran pd bakal2 ibu: JANGAN MEMBEZAKAN KASIH SAYANG ANT ANAK2)nk dipendekkn cite,dia msk U kt KL (cos ap x pasti)..ml2 blajar mcm biasa( still seorg ''anak'')bl cuti dia akn pulang ke kampung,tp lm2 akhirny dia berubah( sdh hilang arah tujuan)bergaul bebas dgn kwn2,dh x solat(dl kt kmpg jd bilal),g disco,,tp dia ni bl blk rumah tau pl jd baik..mak dia x sdr pn, pdhal dia dh kn buang ms thn 2 lg sbb x pas exam ( mcm mn nk pas asyik enjoy je,b'lagak mcm anak org kaya kt kwn2 dgn duit biasiswa) pas2 ml la nk mnt bl kete dgn alasan sng nk blk kmpg bl2 ms,sanggup srh mak dia pajakkn tanah( dia janji nk tebus blk)t'paksalah family dia pindah duduk kt rumah yg blh dikategorikan uzur( bl hjn atap bocor)kt tgh2 sawah padi..mak ni percaya la kat anak dia yg sorang ni..yg sedihnya sianak ni t'gamak ckp kt makwe dia mak dia dh meninggal sjk dia kecik lg, so skrg ni dia hny ad ayah yg "kaya'' kononnya. anak derhaka ni tergamak sepak mak dia yg tgh sakit(sbb mak dia nk halang dia amik geran tanah)Balasan bt anak yg derhaka ni dh ditunjukkan kt dunia lg..Dr x dpt diagnose penyakit dia,,Ya Allah  x sanggup nk tengok, mcm kudis pn ad gak penuh satu badan..saat kematiannya penuh ulat2 kluar dr kudis 2..sepanjang proses pengebumian berbagai2 peristiwa b'laku..nk angkat mayat dia pny la berat smp empat2 tayar van pecah, pas2 tanah yg nk gn x ckp2, slps berdoa,brlah blh tp keesokannya,
berlubang balik..masyaAllah...
kisah ni sangat baik utk dijadikan teladan

antara pengajaran yg dpt diambil:
1- Jadilah seorang anak yg taat&patuh pd kedua ibu bapa selagi x b'tentangan dgn syara' ( redza Allah terletak pd redza ibu bapa)
2- Hargailah kehadiran mereka selagi masih diberi peluang ( jgn menyesal di kemudian hari)-gembirakan mereka
3- Jangan malu untuk mengakui mereka sbg ibu bapa kt x kira la apa jua keadaan mereka -cacat,miskin (siapa kt nk menilai mereka,tanpa mereka kt x pny ap2 nilai pn kt dunia ni)
4- Mengingati susah payah & pengorbanan mereka sepanjang membesarkan kt- berbakti apabila dah berjaya kelak ( jgn lupa diri & hanya mementingkan kerjaya smp x pny masa utk mereka-fenomena msa kini) mak & ayah kt x mengharapkan wang  ringgit tp kasih sayang & keprihatinan kt yg mrk harapkan
5- Sentiasa menjaga nama baik merka x kr walau di mn kt berada ( jaga akhlak & tingkah laku)

Sama2 lah kt membentuk sebuah keluarga yg bahagia ^_^


                                                        uhibbu usrati :)

Wednesday, 16 December 2009

HARAPAN PADAMU SUBUR KEMBALI..




                                Saujana

Harapan PadaMu Subur Kembali



Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

        Alangkah susahnya
        Mendidik nafsuku
        Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
        Bantulah hambaMu
        Dalam mendidik jiwaku ini

        
Al-Ghaffar - Maha Pengampun

Al-Qahhar - Maha Menundukkan
Perkataan mehnah berasal daripada bahasa Arab مَحَنَ- يَمْحَنُ- مَحْنًا مِحْنَةٌ yang membawa maksud ujian dan seksaan yang berat , iaitu menguji manusia ...

tgh dok tension2  study ari 2 aq bkk lagu(agak kuat drp biasa ^_^) nk relievekn tension ckit..
smp kt lagu ni aq rs t'ksn & cb cari lirik dia
aq dedikasikan lagu ni khas bt diriku dan rakan seperjuanganku
marilah sm2 kt m'hayati makna yg tersurat & tersirat pd lagu ni
mg kt kuat & sabar menghadapi setiap ujian & rintangan ....

aLL dA bESt to all my frenz :)
esp 2 my s2d gp's members- timah,ida,mun,aina
4 CFCS exam tomorrow
sm2 kt doakn  mg dipermudahkan & LULUS dalam ujian ni
insyaALLAH....