Monday, 23 November 2009

Man hua MUS'AB BIN UMAIR ?

MUS'AB BIN UMAIR - Da'i Mujahid

Mus’ab bin ‘Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman.


Sebelum memeluk Islam lagi Mus’ab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam.

Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya:

“Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.”

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:

“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya.

Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: “Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.”

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qami’ah menyerbu ke arah Mus’ab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Mus’ab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qami’ah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qami’ah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada' Uhud.

Abu al-Rum, Amir ibn Rabi’ah dan Suwaibit ibn Sa’d telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus’ab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.


Bukit Uhud Menjadi Saksi Kesyahidan Mus’ab


Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam..

Saturday, 21 November 2009

CELIKKAN HATIMU..

OBJEKTIF "CELIKKAN HATIMU.."

1. Mengenali asal usul diri kita sebagai seorang umat Muhammad s.a.w.
2. Menimbulkan rasa izzah (bangga) dengan islam.
3. Mengetahui hakikat keadaan sebenar umat islam kini dan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk membaik pulih dan meletakkan kembali islam pada tempatnya.

1. “Celikkan Hati MU”

· Manusia muslim, pelajar, atau melayu?
· Hadith:
Allah hanya melihat hati dan perbuatan hambaNYA ( yakni ISLAM),bukan pada bangsa dan rupa seseorang ( riwayat muslim)

· Quran (49:13)
· Maka kita adalah muslim dan setiap mereka yang beriman adalah adik beradik kandung kita. Quran ( 49:10)

· Kisah Mus’ab Umair selepas peperangan Badar


2. Makna ISLAM?

· Pada bahasa islam bermaksud tunduk, patuh dan berserah diri
· Islam adalah kata kerja, bukan kata nama.( so,x kn nk dok diam je bergeraklah(step by step)-lengkapkan diri menjadi individu 'ISLAM' dlm erti kt sebenar..)

3. Kebaikan bagi mereka yang faham

· Hadith:
·
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
(( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم

Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, nescaya Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam ad-Din
· Tanda kasih sayang Allah pada hambaNya adalah dengan mengurniakan kefahaman ad-Din kepadanya.
· Apa maksud kefahamaan dalam ad-Din? ( refer post sy ttg ad-Din)
· Adakah kefahaman akal atau hati yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut?

4. Manusia seperti logam

· Hadith logam:
عن أبي هريرة رضي الله عنه:

(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري
"manusia seperti logam,terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga semasa Islam,sekiranya mereka faham"
· Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman.
· Apabila seseorang telah faham sesuatu, kehebatannya dapat digunakan untuk menyokong jahiliyyah atau menyokong islam – segalanya bergantung pada kefahamannya.
· Kisah ‘Umar al-Khattab (sifat logam yg ada pd umar - tegas,berani x berubah sebelum dan selepas beliau memeluk Islam( faham islam)- membantu melindungi org2 islam drpd penentangan Quraisy)
· faqahu: memahami ilmu Fiqh. (Contoh:imam syafie).
· faqihu: memahami Islam. (Contoh: sumaiyah).
· Tidak semestinya untuk kita memahami Islam, perlu kepada pengetahuan ilmu fiqh yang mendalam dan tidak semestinya faham ilmu fiqh dapat membawa kepada kefahaman islam. spt sumaiyah pd ketika itu blm lg disyariatkan solat,tutup aurat tp kerana aqidah yg kuat sanggup mati(syahid) demi mempertahankan aqidah yg satu-mengEsakan Allah


5. Memahami dengan hati

أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً
إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ
وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ،
أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
رواه البخاري ومسلم (Hadis No. 6 Hadis 40)
"ketahuilah bhw dlm setiap jasad itu ad seketul daging yg apabila ia baik, baiklah seluruh jasad dan apabila rosak, rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI"
· Quran al-A’raf 7:179
· Allah menciptakan pada manusia 3 anggota: mata untuk melihat; telinga untuk mendengar; dan hati untuk memahami
· Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ atau ‘akal’ manusia.
· Kisah novel / filem-filem
· Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang.(dpt dilihat menerusi non-muslim yg amik subjek pendidikan Islam- score A,tapi knp diorang x peluk islam pun, fikir2kan)
· Apa yang perlu difahami? 7:179 – dari Al-Quran, manusia akan mengetahui tujuan mereka dicipta

To be continued............

Monday, 16 November 2009

MY LOVE

mak dgn abah yg tersayang...rahmat Allah bersama kalian

mak..abah..
Di saat ini,sungguh aku amat merinduimu...
Betapa aku x sabar utk menemui dan memelukmu...
Meluahkan rasa hatiku,aku sangat sayang padamu...
Hanya doa & tiupan semangat darimu mengiringi perjuanganku...
Moga aku kuat dan tabah mengharungi dugaan & cabaran ini...
Merealisasikan cita2ku dan pulang untuk berbakti...
Doaku padamu moga aku dapat sentiasa menggembirakan hati dan membahagiakanmu...
Ditetapkan hatiku oleh yg MAHA ESA menjadi anak yang solehah...
amenn
kalian adalah anugerah Ilahi yg amat bernilai padaku(^_^)


Friday, 13 November 2009

ad-DIN

kak Ila b'tny,adik2 ape 2 ad-Din? spt biasa jwpn yg diberi....agama,cara hidup.kt k.Ila jwpn 2 x slh tp krg tpt (^_^)
so ap mkn sebenarnya? kak Ila pn mula menerangkn satu persatu...


adik2 ku,
ad-Din t'bahagi kpd 3:

i) ISLAM
ii) IMAN
iii) IHSAN


k.Ila ni sk b'tny sbb dia kt kalu x nnt dia je yg fhm sorang2 (",)
ape 2 ISLAM ?
antara jwpn yg diberi...sejahtera,berserah diri
ISLAM ialah taat patuh pd perintah Allah tanpa paksaan. kn kt selalu dgr tiada paksaan dlm b'agama,mcm 2 la kt diberi pilihan,namun jk kebenaran yg dicari akhirnya kt akan b'temu dgn agama yg BENAR,
itulah ISLAM.. mcm mn kt nk jd seorg yg benar2 islam, dgn erti kt lain bkn hny pd nama( spt org melayu yg dh lahir2 islam)?



ISLAM ni kalu kt nk sng fhm sm la mcm kt nk bina sebuah BANGUNAN ( x ksh la ap2 rumah ke,pejabat,dsbny) ml2 sekali kt mst cari TAPAK(base)yg kukuh baru la rumah 2 dpt b'thn lama. cantik mcm mn pon rumah 2 kalu x stabil sape yg nk duduk,betol x? ap tapak yg kt nk? itulah IMAN. iman ialah mengaku dgn hati,mengucap dgn lidah dan menzahirkan dgn perbuatan.ketiga2 component ni mst ada. cth kt tahu dan yakin tutup aurat 2 wajib tp kt x bt@ x sepenuhnya(jwpn yg slalu dgr,yg penting hati bersih)itu p'kr yg b'beza. yg kedua kt perlukan TIANG(pasak). di cni kt perlukan 5 tiang iaitu smua yg t'msk dlm RUKUN ISLAM(mengucap 2 kalimah syahadah,solat 5 wk2,b'puasa,mengeluarkan zakat,menunaikan haji bg yg mampu) kt mst pegang kelima2 component ni. yg ke-3 DINDING iaitu SYARIAT(undang2 dan peraturan).cth kt nk solat ad peraturanny yg t'tentu mn blh main redah je,sia2.so knla belajar(pentingny menuntut ilmu). last but not least BUMBUNG. cb imagine kalu rumah dh dihias dgn smua perabot dan hiasan yg cantik2 tp x de bumbung,nk ke kt duduk,terpaksa berpanas hujan. mst x nk kn..ok.di cni kt perlukan JIHAD bg melindungi kt.. dgn ini lengkaplah sebuah bangunan...smua ibadah kt bt perlulah ikhlas,seolah2 ALLAH melihat kt dan kt melihat ALLAH. itulah IHSAN.



thanz kak Ila..



ukhuwah fillah.....



Thursday, 12 November 2009

DAKWAH DAN ISLAH

Dengan nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ditujukan khas buat Rasulullah s.a.w, ahli-ahli keluarga dan para sahabat seperjuangan Baginda.

Perbezaan antara Dakwah dan Islah:
Dakwah di dalam bahasa Arab sebenarnya memberi maksud satu jemputan, dan jemputan ini hanyalah merujuk kepada 'orang luar'. Malah di dalam terminologi Islam, Dakwah Islamiah bermakna jemputan kepada Islam. Maka apabila kita bercakap mengenai Islam kepada non-Muslim dengan tujuan menjemputnya menganut agama Islam, ia disebut sebagai Dakwah.Ramai yang menyangka apabila kita bercakap mengenai Islam kepada sesama Muslim, ia dipanggil sebagai Dakwah, dan mereka menggunakan istilah ini bagi kedua-dua jenis usaha (kepada Muslim dan non-Muslim). Sedangkan secara asasnya, apabila kita bercakap mengenai Islam sesama Muslim untuk tujuan mendekati atau mendalami Islam, istilah yang lebih sesuai digunakan adalah Islah.

Apakah yang menghalang kita untuk berdakwah?

ALASAN PERTAMA: Saya rasa, saya belum cukup ilmu lagiIni adalah salah satu daripada alasan yang paling utama diberikan untuk tidak melakukan Dakwah.

Nabi (saw) telah bersabda:“Sampaikan (ajaranku) kepada yang lain walaupun hanya satu ayat”(Sahih Bukhari, Vol.4, Hadis 667)
Pada waktu dahulu, keadaan adalah berbeza. Kemudahan untuk menerima maklumat (ilmu) adalah sukar. Manusia ketika itu tidak mempunyai media, malah buku-buku mengenai Islam masih belum wujud. Tetapi kini, keadaan amatlah berbeza di mana kemudahan menerima maklumat (ilmu) telah menjadi amat mudah. Buku-buku ilmiah mengenai Islam telah ditulis oleh Muslim dengan begitu banyak. Malah banyak website tentang Islam boleh ditemui. Juga banyak video/vcd mengenai Islam boleh diperolehi.Maka, setiap Muslim pada zaman ini sekurang-kurangnya telahpun ketahui satu ayat (mengenai Islam), dan kita boleh meningkatkan keberkesanan (usaha Dakwah) dengan berusaha menguasai satu tajuk tertentu sebagai langkah permulaan (dalam berdakwah). Sebagai contohnya tajuk “Adakah Isa itu Tuhan?” atau “Nabi Muhammad (saw) di dalam Bible” atau ajaran agama-agama lain atau apa-apa tajuk lain bergantung kepada siapa orang yang hendak kita Dakwahkan. Jika kita berminat, ia bukanlah satu masalah besar. Bahan-bahan untuk tujuan Dakwah boleh diperoleh dalam website ini. (Insya-Allah, itulah yang akan cuba saya usahakan=).

ALASAN KEDUA: Diri saya sendiri pun masih teruk, jadi bagaimana saya nak Dakwah kepada orang lain?

Sememangnya, ini adalah satu kenyataan yang benar-benar ikhlas. Ia menunjukkan betapa Muslim itu secara umumnya adalah seorang yang amat suka merendah diri (macam saya, I guess so..Tp,tak bagus merendah diri dalam hal ini.). Ada baik dan buruknya sikap merendah diri bergantung pada situasi. Kita memang wajib merendahkan diri pada Allah s.w.t. Tetapi dalam hal berdakwah ini, jangan kita jadikan sikap merendah diri ini untuk tidak berdakwah.Kepada para Muslim yang merasakan dirinya belum cukup sempurna, sedarilah bahawa usaha Dakwah akan membantu kita menjadi pengamal Islam yang lebih baik. Setiap kali kita berkongsi sesuatu maklumat dengan orang lain (yang didakwah), dalam masa yang sama kita akan cuba memastikan juga peningkatan dalam amalan kita sendiri. Kita sudah tentu tidak mahu menjadi seperti "ketam mengajar anaknya berjalan betul".

ALASAN KETIGA: Saya khuatir, dakwah saya tidak akan berkesan.

Seperti yang telah dinyatakan, tugas kita bukanlah untuk menukarkan agama seseorang. Tugas kita hanyalah menyampaikan peringatan Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang memberikan petunjuk dan hidayah.
Al-Quran ada menyatakan :“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka.”(Al-Quran Surah ke-88:21-22)
Pada hari pembalasan nanti, Allah s.w.t tidak akan bertanya sama ada kita berjaya mengislamkan mereka atau tidak. Sebaliknya Allah s.w.t akan menyoal kita sama ada kita telah menyampaikan peringatan atau tidak.

ALASAN KEEMPAT: Apabila kita melakukan dakwah, orang bukan islam menyatakan “ jaga urusan kamu sendiri”

Ini adalah alasan biasa yang diberikan oleh muslim. Jawapannya ialah, menjadi urusan setiap muslim untuk mengingatkan orang lain tentang kebenaran. Dakwah adalah menjadi tugas yang wajib bagi setiap muslim. Oleh itu, apabila ada yang berkata “ jaga urusan kamu sendiri” dia adalah betul, itu adalah apa yang kita sedang lakukan. Kita sedang menjaga urusan kita sendiri iaitu berdakwah.

ALASAN KELIMA: The person gets hurt if I do Dawah, it affects the friendship, and I do not want to hurt anybody. Orang akan sakit hati jika saya berdakwah. Ini hanya akan memberi kesan kepada hubungan persahabatan. Saya tidak mahu menyakiti sesiapa.

The Question arises, does it hurt you when you see your friend or anyone doing blasphemy? Don’t you realize that these people are going to hell? Kita patut simpati pada mereka kerana, kebanyakan mereka tidak mengetahui kebenaran..percayalah.. Boleh jadi mereka tidak mengetahui.. Malahan, percayakah sahabat-sahabat semua jika saya katakan bahawa mereka tidak dapat menjelaskan "Trinity" secara jelas dalam agama mereka.Persoalan yang timbul, adakah ianya menyakitkan kita apabila kita lihat kawan kita atau sesiapa melakukan kekufuran? Adakah kita sedar bahawa mereka akan ke neraka?Doesn’t it hurt you when they say that God has a son?Tidakkah ianya menyakitkan kita apabila mereka memberikan perjanjian yang salah dengan Allah s.w.t?Al- Quran menyatakan bahawa jika gunung-ganang mempunyai perasaan yang sama seperti sahabat-sahabat dan saya sendiri, nescaya gunung-ganang akan runtuh ranap, bumi pula nyaris terbelah dan langit nyaris-nyaris pecah lantaran anggapan mereka bahawa Tuhan mempunyai anak.Tambahan lagi, adalah menjadi salah tanggapan apabila kita bahawa berfikir melakukan dakwah akan memutuskan hubungan persahabatan. Apa yang penting, kita mestilah mengambil pendekatan yang betul. Jika kita memulakan dengan persenda agama mereka, itu boleh menyebabkan perselisihan, tapi jika memulakan dengan pendekatan lemah lembut, Insya-Allah kita tidak akan menyakiti hati sesiapa dan hubungan kita dengan Allah s.w.t itu lebih penting daripada hubungan kita dengan kawan bukan Islam. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan salah tanggapan mereka terhadap Islam dan menerangkan gambaran yang sebenar tentang Islam. It all depends upon how strong your Eeman (faith) is.

Dan..janganlah terburu-buru... Sedikit-sedikit, tetapi kerap. Tenang... Insya-Allah.Wassalam.
Posted by Nadiah Amirah Jamil

STUDY v /s DAKWAH

for a moment,lets us open our mind n think about it......
which 1 is most important??
the answer is both r important
prnh x kt t'fkr..ap tujuan kt hidup kt dunia ni?adakah hny semata2 nk study,study n study then dpt jd ap yg kt nk(eg.doktor,engineer)...aft that...? sbnrny kt t'lp @ scr x sdr yg kt ni diciptakan ALLAH adlh untuk menjadi khalifah dan hamba(tujuan akhir)..so,ap yg kt perlu buat? adakah dgn hny melakukan ibadah kpd ALLAH dan taat patuh pd perintahnya kt dh brs 'selesa'.mgkn ya jk dilihat dr 1 sudut tapi Bagaimana dgn saudara seagama kt yg lain yg masih berada dalam kejahilan? apakh kt x memainkan peranan @ hny m'biarkn sj?TIDAK..sedarkah kt bhw mnjd t/jwb kt utk menyampaikan dakwah(da'i)supaya ISLAM dpt ditegakkan.mgkn kt merskn:knp nk ssh2 fkr psl org lain lbh baik kt p'btlkn dr kt dl,ye ke mcm 2? sbnrny slh..

Firman Allah: "Wahai orang beriman! Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu perniagaan yang akan menyelematkan kamu dari azab yang pedih (ia adalah) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta dan dirimu yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Dengan ini, Allah akan mengampunkan dosa-dosamu dan akan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai dan ia akan memasukkan ke tempat-tempat yang baik di dalam syurga. Itu lah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Dan sampaikan lah berita gembira itu kepada orang yang beriman." (As-Saff: ayat 10-13).

Dari Usman bin Affan r.a berkata, bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sehari di jalan Allah adalah lebih baik dari seribu hari yang lain. (riwayat Nasai').

Dakwah adalah bermakna 'panggilan' atau 'jemputan'; di mana ia bermaksud menjemput non-Muslim kepada Islam dan juga bermaksud mengajak Muslim memahami dan mengamalkan Islam yang sebenar. Secara dasarnya, dakwah ialah sebagai menjemput orang yang masih belum mempercayai atau menerima Islam sama ada non-Muslim atau Muslim supaya terbuka hati untuk menerima agama Islam.

insyaAllah sy akn post article dr blog seorg sahabat mengenai dakwah dan islah.mg kt sm2 m'dpt manfaat.insyaAllah...

di sini sy ingin mengingatkn diri dan rkn2 bhw selain t/jwb kt sbg seorg pelajar kt mempunyai 1 lg t/jwb yg lbh besar sbg seorg yg b'glr muslim..
di sinilah pengorbanan diperlukan...insyaAllah sm2 kt usahakn.

MEMORY IN KAMPUNG

IBU2 YG SPORTING....

KHUSYUKNYER MAKCIK2 MENDENGAR CERAMAH

CERAMAH DR AZRIANI BERSEMANGAT


PEMERIKSAAN KESIHATAN



CEPAT ADIK.... TIUP BELON BG KT MAK




THE BEGINNING...

Fuhhhh.....

alhamdulilah..success!!

Wednesday, 11 November 2009

MASUK KAMPUNG


Alhamdulilah..finally,misi berjaya. Aq bersyukur sngt sbb dpt mengikuti prgm anak agkt,ala2 misi kemasyarakatan g2.walaupun pnt tp aq dpt sesuatu yg amt b'harga,bgku nilainy x dpt dibeli dgn wang ringgit..sungguh2 b'makna..

Kali ini merupakn kali ke-3 aq melangkahkn kaki ke kmpg Alor Teratai, Besut,Terengganu. kt cni aq stay dgn abah(tok ketua) n umi b'sm 3 org anknya.anakny yg sulung,fifi br je lps amik PMR,n yg paling aq kagumi dia dh abih hafaz 30 juzuk..masyaAllah...aq? bila agakny?huhu..


Kemasukan km(aq n rkn2 dr pbl 7)ke kmpg kali ini m'bw misi yg bsr, nk menyedarkn penduduk kmpg ttg kepentingan melakukn pemeriksaan sndr payudara (psp)bagi pengesanan awl kanser payudara yg merupakn pembunuh no 1 kaum wanita.(aq pn br je nk sdr ^_^) prgm t'sbt b'tmpt di Tabika Alor Teratai. prgm b'ml pd ari sab2 10 pg dgn pemeriksaan kesihatan scr percuma.syukur sngt ari 2 x hujan, risau betol sbb skrg ni tgh msm hjn alamt x de org la nk dtg kalu hjn. tp tunggu pny tunggu nk dkt pkl 11 br org rame b'ansur2 dtg..fuhh,lega..stkt ni prgm b'jln lancar, alhamdulilah.aq ditugaskn utk check glucose level(1st experience), seronok sngt,ml2 2 nervous gak nk cucuk amik darah org ni,tp dh lm2 mcm expert dah(perasan sorg2).


pkl 2.15pm..b'mulalah agenda utama- ceramah akn dismpaikn oleh DR AZRIANI(our supervisor) dr jbtn prbtn masyarakat..we faced with da same problem..dkt 1/2 jam x rame lg yg dtg,dr pn ap lg x sng duduk la(km pn)..akhirny strategi diatur..dr berarak sekeliling kg dgn kete smbl yong siang gn hailer bt announcement..lawak betol la,mcm org jual sulat kabar lama je..(",) akhirny 3.15 ceramah pn b'ml. kali ni aq jd mc(2nd x,hopefully aq dpt improve lg).smgt btl ceramah dr,mmg menarik perhatian sape2 je yg dgr. then,pn Hasmat plk b'kongsi her own experiences sbg p'hidap kanser payudara yg smkn pulih(p/s:perlukan semangat n x mdh pts asa). sesi demo psp menutup tirai...xtxt sukaneka b'mula just aft that.mcm2 aksi dpt kulihat. seronok btl bl tgk org len hepy..smuany 4 acara: kerusi muzik,baling belon air,isi air dlm botol n pecahkn belon.ats p'mintaan rame, acara tiup bln trt disertai oleh kaum ibu.ibu2 pecahkn belon yg ditiup oleh anak2(cuteny)alhamdulilah ,smua prgm b'jln lancar..keesokanny km bt home visit,m'br penerangan ttg kanser payudara & psp kpd mrk yg x dpt hadir pd sesi ceramah. w/pun pnt b'jln dr pg ke ptg tp smuany kurasakn berbaloi.mg2 ap yg aq smpkn dpt mem'br kesedaran..


Sebagai slh seorg yg bakal bergelar dr,aq sedar bhw tugasku bkn hny skdr merawat pesakit tp lbh kpd m'br maklumat kpd org rame(sbg lgkh p'cegahan:mencegah lbh baik drp merawat)especially kpd org2 kmpg yg skr m'dpt info( drp feedback org kmpg yg sngt m'hargai kedatangan km) aq berdoa mg aq dpt m'jlnkn amanah ini dgn sebaikny kelak..insyaAllah