Saturday, 21 November 2009

CELIKKAN HATIMU..

OBJEKTIF "CELIKKAN HATIMU.."

1. Mengenali asal usul diri kita sebagai seorang umat Muhammad s.a.w.
2. Menimbulkan rasa izzah (bangga) dengan islam.
3. Mengetahui hakikat keadaan sebenar umat islam kini dan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk membaik pulih dan meletakkan kembali islam pada tempatnya.

1. “Celikkan Hati MU”

· Manusia muslim, pelajar, atau melayu?
· Hadith:
Allah hanya melihat hati dan perbuatan hambaNYA ( yakni ISLAM),bukan pada bangsa dan rupa seseorang ( riwayat muslim)

· Quran (49:13)
· Maka kita adalah muslim dan setiap mereka yang beriman adalah adik beradik kandung kita. Quran ( 49:10)

· Kisah Mus’ab Umair selepas peperangan Badar


2. Makna ISLAM?

· Pada bahasa islam bermaksud tunduk, patuh dan berserah diri
· Islam adalah kata kerja, bukan kata nama.( so,x kn nk dok diam je bergeraklah(step by step)-lengkapkan diri menjadi individu 'ISLAM' dlm erti kt sebenar..)

3. Kebaikan bagi mereka yang faham

· Hadith:
·
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
(( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم

Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, nescaya Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam ad-Din
· Tanda kasih sayang Allah pada hambaNya adalah dengan mengurniakan kefahaman ad-Din kepadanya.
· Apa maksud kefahamaan dalam ad-Din? ( refer post sy ttg ad-Din)
· Adakah kefahaman akal atau hati yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut?

4. Manusia seperti logam

· Hadith logam:
عن أبي هريرة رضي الله عنه:

(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري
"manusia seperti logam,terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga semasa Islam,sekiranya mereka faham"
· Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman.
· Apabila seseorang telah faham sesuatu, kehebatannya dapat digunakan untuk menyokong jahiliyyah atau menyokong islam – segalanya bergantung pada kefahamannya.
· Kisah ‘Umar al-Khattab (sifat logam yg ada pd umar - tegas,berani x berubah sebelum dan selepas beliau memeluk Islam( faham islam)- membantu melindungi org2 islam drpd penentangan Quraisy)
· faqahu: memahami ilmu Fiqh. (Contoh:imam syafie).
· faqihu: memahami Islam. (Contoh: sumaiyah).
· Tidak semestinya untuk kita memahami Islam, perlu kepada pengetahuan ilmu fiqh yang mendalam dan tidak semestinya faham ilmu fiqh dapat membawa kepada kefahaman islam. spt sumaiyah pd ketika itu blm lg disyariatkan solat,tutup aurat tp kerana aqidah yg kuat sanggup mati(syahid) demi mempertahankan aqidah yg satu-mengEsakan Allah


5. Memahami dengan hati

أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً
إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ
وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ،
أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
رواه البخاري ومسلم (Hadis No. 6 Hadis 40)
"ketahuilah bhw dlm setiap jasad itu ad seketul daging yg apabila ia baik, baiklah seluruh jasad dan apabila rosak, rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI"
· Quran al-A’raf 7:179
· Allah menciptakan pada manusia 3 anggota: mata untuk melihat; telinga untuk mendengar; dan hati untuk memahami
· Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ atau ‘akal’ manusia.
· Kisah novel / filem-filem
· Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang.(dpt dilihat menerusi non-muslim yg amik subjek pendidikan Islam- score A,tapi knp diorang x peluk islam pun, fikir2kan)
· Apa yang perlu difahami? 7:179 – dari Al-Quran, manusia akan mengetahui tujuan mereka dicipta

To be continued............

0 comments: