Dengan nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ditujukan khas buat Rasulullah s.a.w, ahli-ahli keluarga dan para sahabat seperjuangan Baginda.
Perbezaan antara Dakwah dan Islah:
Dakwah di dalam bahasa Arab sebenarnya memberi maksud satu jemputan, dan jemputan ini hanyalah merujuk kepada 'orang luar'. Malah di dalam terminologi Islam, Dakwah Islamiah bermakna jemputan kepada Islam. Maka apabila kita bercakap mengenai Islam kepada non-Muslim dengan tujuan menjemputnya menganut agama Islam, ia disebut sebagai Dakwah.Ramai yang menyangka apabila kita bercakap mengenai Islam kepada sesama Muslim, ia dipanggil sebagai Dakwah, dan mereka menggunakan istilah ini bagi kedua-dua jenis usaha (kepada Muslim dan non-Muslim). Sedangkan secara asasnya, apabila kita bercakap mengenai Islam sesama Muslim untuk tujuan mendekati atau mendalami Islam, istilah yang lebih sesuai digunakan adalah Islah.
Apakah yang menghalang kita untuk berdakwah?
ALASAN PERTAMA: Saya rasa, saya belum cukup ilmu lagiIni adalah salah satu daripada alasan yang paling utama diberikan untuk tidak melakukan Dakwah.
Nabi (saw) telah bersabda:“Sampaikan (ajaranku) kepada yang lain walaupun hanya satu ayat”(Sahih Bukhari, Vol.4, Hadis 667)
Pada waktu dahulu, keadaan adalah berbeza. Kemudahan untuk menerima maklumat (ilmu) adalah sukar. Manusia ketika itu tidak mempunyai media, malah buku-buku mengenai Islam masih belum wujud. Tetapi kini, keadaan amatlah berbeza di mana kemudahan menerima maklumat (ilmu) telah menjadi amat mudah. Buku-buku ilmiah mengenai Islam telah ditulis oleh Muslim dengan begitu banyak. Malah banyak website tentang Islam boleh ditemui. Juga banyak video/vcd mengenai Islam boleh diperolehi.Maka, setiap Muslim pada zaman ini sekurang-kurangnya telahpun ketahui satu ayat (mengenai Islam), dan kita boleh meningkatkan keberkesanan (usaha Dakwah) dengan berusaha menguasai satu tajuk tertentu sebagai langkah permulaan (dalam berdakwah). Sebagai contohnya tajuk “Adakah Isa itu Tuhan?” atau “Nabi Muhammad (saw) di dalam Bible” atau ajaran agama-agama lain atau apa-apa tajuk lain bergantung kepada siapa orang yang hendak kita Dakwahkan. Jika kita berminat, ia bukanlah satu masalah besar. Bahan-bahan untuk tujuan Dakwah boleh diperoleh dalam website ini. (Insya-Allah, itulah yang akan cuba saya usahakan=).
ALASAN KEDUA: Diri saya sendiri pun masih teruk, jadi bagaimana saya nak Dakwah kepada orang lain?
Sememangnya, ini adalah satu kenyataan yang benar-benar ikhlas. Ia menunjukkan betapa Muslim itu secara umumnya adalah seorang yang amat suka merendah diri (macam saya, I guess so..Tp,tak bagus merendah diri dalam hal ini.). Ada baik dan buruknya sikap merendah diri bergantung pada situasi. Kita memang wajib merendahkan diri pada Allah s.w.t. Tetapi dalam hal berdakwah ini, jangan kita jadikan sikap merendah diri ini untuk tidak berdakwah.Kepada para Muslim yang merasakan dirinya belum cukup sempurna, sedarilah bahawa usaha Dakwah akan membantu kita menjadi pengamal Islam yang lebih baik. Setiap kali kita berkongsi sesuatu maklumat dengan orang lain (yang didakwah), dalam masa yang sama kita akan cuba memastikan juga peningkatan dalam amalan kita sendiri. Kita sudah tentu tidak mahu menjadi seperti "ketam mengajar anaknya berjalan betul".
ALASAN KETIGA: Saya khuatir, dakwah saya tidak akan berkesan.
Seperti yang telah dinyatakan, tugas kita bukanlah untuk menukarkan agama seseorang. Tugas kita hanyalah menyampaikan peringatan Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t yang memberikan petunjuk dan hidayah.
Al-Quran ada menyatakan :“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka.”(Al-Quran Surah ke-88:21-22)
Pada hari pembalasan nanti, Allah s.w.t tidak akan bertanya sama ada kita berjaya mengislamkan mereka atau tidak. Sebaliknya Allah s.w.t akan menyoal kita sama ada kita telah menyampaikan peringatan atau tidak.
ALASAN KEEMPAT: Apabila kita melakukan dakwah, orang bukan islam menyatakan “ jaga urusan kamu sendiri”
Ini adalah alasan biasa yang diberikan oleh muslim. Jawapannya ialah, menjadi urusan setiap muslim untuk mengingatkan orang lain tentang kebenaran. Dakwah adalah menjadi tugas yang wajib bagi setiap muslim. Oleh itu, apabila ada yang berkata “ jaga urusan kamu sendiri” dia adalah betul, itu adalah apa yang kita sedang lakukan. Kita sedang menjaga urusan kita sendiri iaitu berdakwah.
ALASAN KELIMA: The person gets hurt if I do Dawah, it affects the friendship, and I do not want to hurt anybody. Orang akan sakit hati jika saya berdakwah. Ini hanya akan memberi kesan kepada hubungan persahabatan. Saya tidak mahu menyakiti sesiapa.
The Question arises, does it hurt you when you see your friend or anyone doing blasphemy? Don’t you realize that these people are going to hell? Kita patut simpati pada mereka kerana, kebanyakan mereka tidak mengetahui kebenaran..percayalah.. Boleh jadi mereka tidak mengetahui.. Malahan, percayakah sahabat-sahabat semua jika saya katakan bahawa mereka tidak dapat menjelaskan "Trinity" secara jelas dalam agama mereka.Persoalan yang timbul, adakah ianya menyakitkan kita apabila kita lihat kawan kita atau sesiapa melakukan kekufuran? Adakah kita sedar bahawa mereka akan ke neraka?Doesn’t it hurt you when they say that God has a son?Tidakkah ianya menyakitkan kita apabila mereka memberikan perjanjian yang salah dengan Allah s.w.t?Al- Quran menyatakan bahawa jika gunung-ganang mempunyai perasaan yang sama seperti sahabat-sahabat dan saya sendiri, nescaya gunung-ganang akan runtuh ranap, bumi pula nyaris terbelah dan langit nyaris-nyaris pecah lantaran anggapan mereka bahawa Tuhan mempunyai anak.Tambahan lagi, adalah menjadi salah tanggapan apabila kita bahawa berfikir melakukan dakwah akan memutuskan hubungan persahabatan. Apa yang penting, kita mestilah mengambil pendekatan yang betul. Jika kita memulakan dengan persenda agama mereka, itu boleh menyebabkan perselisihan, tapi jika memulakan dengan pendekatan lemah lembut, Insya-Allah kita tidak akan menyakiti hati sesiapa dan hubungan kita dengan Allah s.w.t itu lebih penting daripada hubungan kita dengan kawan bukan Islam. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan salah tanggapan mereka terhadap Islam dan menerangkan gambaran yang sebenar tentang Islam. It all depends upon how strong your Eeman (faith) is.
Dan..janganlah terburu-buru... Sedikit-sedikit, tetapi kerap. Tenang... Insya-Allah.Wassalam.
Posted by Nadiah Amirah Jamil
Thursday, 12 November 2009
DAKWAH DAN ISLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment